Biden, Harris, Trump lawat tapak serangan 11 Sep di New York
Anggaran Waktu Membaca:
NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat Joe Biden, Naib Presiden Kamala Harris dan mantan Presiden Donald Trump membuat penampilan bersama, yang jarang berlaku, pada Rabu (11 Sep), di tapak berlakunya serangan pesawat 11 September 2011, di New York, yang meragut nyawa hampir 3,000 orang.
Cik Harris, calon presiden Parti Democrat dan Encik Trump, pesaing daripada Parti Republican dalam pilihan raya pada 5 November depan, berjabat tangan dan bercakap sebentar, meskipun mereka baru berdebat sengit pada malam sebelumnya, kemudian berbaris untuk memberikan penghormatan.
Calon pasangan Encik Trump, Senator JD Vance, juga menghadiri acara tersebut.
Tiada ucapan rasmi dibuat di tapak "ground zero", di mana dua pesawat meruntuhkan menara berkembar Pusat Dagangan Dunia. Sebaliknya, isteri, suami, kakak, abang dan cucu mangsa membacakan nama para anggota keluarga mereka yang terbunuh 23 tahun lalu.
Upacara tahunan itu menandakan serangan bunuh diri oleh para anggota al-Qaeda, yang merempuh dua pesawat penumpang ke Pusat Dagangan Dunia dan satu lagi ke Pentagon.
Pesawat keempat terhempas di sebuah padang di Pennsylvania, selepas para penumpangnya menyerbu kokpit.
Selepas upacara tersebut, Encik Biden dan Cik Harris berangkat ke Shanksville, Pennsylvania, di mana para penumpang syarikat penerbangan United 93 menumpaskan rancangan pengganas dan berjaya mendaratkan pesawat itu di sebuah ladang, sekali gus mengelakkan berlakunya satu lagi sasaran diserang.
Presiden dan Naib Presiden Amerika Syarikat itu bercakap bersama pegawai bomba tempatan di Jabatan Sukarelawan Shanksville, di mana mereka memberikan penghormatan di satu lagi tugu peringatan.
Kedua-dua pemimpin akan pulang ke Washington, untuk melawat sebuah tugu peringatan di Pentagon.
Encik Trump, yang merancang untuk melawat tugu peringatan di Penssylvania pada Rabu berkata kepada Fox News: "Ia adalah hari yang sangat, sangat sedih, dahsyat. Tidak pernah berlaku kejadian seperti itu."
Sebelum itu, Encik Biden mengeluarkan perisytiharan memberikan penghormatan kepada mereka yang terkorban akibat serangan tersebut, serta ratusan ribu sukarelawan rakyat Amerika yang menghulurkan bantuan sejurus kejadian tersebut.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.