Skip to main content

Dunia

Biden, Harris kutuk perkauman di AS

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden pada Ahad (21 Mac) menyelar "racun-racum menjijikkan" daripada "perkauman sistemik dan ketuanan putih" yang sudah lama mencengkam Amerika Syarikat, dan berikrar untuk mengubah undang-undang yang terus menggalakkan diskriminasi.

Anggaran Waktu Membaca:
Biden, Harris kutuk perkauman di AS

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 22 Mar 2021 02:48PM Dikemas Kini : 22 Mar 2021 02:49PM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Joe Biden pada Ahad (21 Mac) menyelar "racun-racum menjijikkan" daripada "perkauman sistemik dan ketuanan putih" yang sudah lama mencengkam Amerika Syarikat, dan berikrar untuk mengubah undang-undang yang terus menggalakkan diskriminasi.

Tanpa beralas, presiden Demokratik itu berkata negara itu berdepan masalah perkauman, xenofobia dan sikap tertutup kepada dunia luar.

Kenyataan Encik Biden dibuat menyusuli sentimen serupa yang diluahkan Naib Presiden Kamala Harris pada Jumaat (19 Mac), ketika beliau menyingkap sejarah diskriminasi terhadap golongan Asia Amerika di AS.

"Perkauman benar-benar berlaku di Amerika dan sekian lama begitu," kata Cik Harris, naib presiden wanita keturunan Asia Amerika dan kulit hitam pertama negara itu.

"Xenofobia benar-benar berlaku di Amerika buat sekian lama. Sikap seksis juga," katanya.

Kenyataan Encik Biden pada Ahad malam (20 Mac), menandakan Hari Antarabangsa PBB bagi Penghapusan Diskriminasi Kaum yang diwujudkan pada tahun 1970an bagi menandakan kejadian pembunuhan beramai-ramai pada 1960 di Afrika Selatan.

"Kebencian tidak ada tempat selamat di Amerika. Ia juga tidak seharusnya ada tempat selamat di mana-mana tempat di dunia. Kita harus bekerjasama dan menghentikannya," kata Encik Biden dalam kenyataan itu.

Beliau berkata, pentadbirannya akan bersuara menentang diskriminasi kaum di seluruh dunia, termasuk layanan "teruk" terhadap golongan minoriti Rohingya di Myanmar dan Uighur di China.

"Salah satu daripada nilai teras dan kepercayaan yang seharusnya menyatukan kita sebagai warga Amerika adalah dalam menentang kebencian dan perkauman, meskipun kita akui perkauman sistemik dan ketuanan putih adalah racun yang sudah lama mencengkam Amerika Syarikat," katanya.

"Kita mesti merubah undang-undang yang membolehkan diskriminasi berlaku di negara kita, dan kita perlu mengubah hati kita."

Kenyataan Encik Biden dibuat di tengah-tengah tekanan meningkat terhadap pihak penguatkuasa undang-undang agar menyifatkan pembunuhan lapan individu di Atlanta pada minggu lalu - termasuk enam wanita Asia sebagai jenayah kebencian.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita