Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Biden gesa Kongres segera luluskan larangan terhadap senjata api

Anggaran Waktu Membaca:
Biden gesa Kongres segera luluskan larangan terhadap senjata api

(Gambar fail: Mandel Ngan/AFP)

Diterbitkan : 24 Jan 2023 02:20PM Dikemas Kini : 24 Jan 2023 02:20PM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berkata Kongres mesti meluluskan undang-undang baru mengenai larangan penggunaan senjata api berbahaya berikutan insiden tembakan baru-baru ini termasuk di Monterey Park, California, menurut laporan Sputnik. 

"Hari ini, Senator (Dianne) Feinstein sekali lagi memperkenalkan Larangan Senjata Api dan Kelongsong Kapasiti Tinggi di Senat serta undang-undang yang menaikkan had umur untuk membelinya kepada 21 tahun.

"Saya menggesa kedua-dua dewan di Kongres untuk bertindak segera dan secepat mungkin kemukakannya kepada saya,” kata Encik Biden dalam satu kenyataan pada Isnin (23 Jan). 

Ketika menandatangani Akta Masyarakat Lebih Selamat Bipartisan pada musim panas yang lalu, Encik Biden berkata masih ada perkara yang perlu dilakukan untuk menjauhkan senjata api  daripada dimiliki oleh orang yang berbahaya.

"Dalam masa yang singkat sahaja masyarakat di seluruh Amerika telah dilanda tragedi demi tragedi, termasuk kejadian tembakan rambang di Colorado Springs dan Monterey Park…," kata beliau.

Pada Sabtu (21 Jan), seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah kelab tarian di Monterey Park yang mengorbankan 11 nyawa serta mencederakan sembilan yang lain.

Sementara itu, polis di Half Moon Bay, California, di selatan San Francisco berkata seorang suspek ditahan menyusuli laporan empat ditemui maut dalam dua kejadian tembakan pada Isnin. 

Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa