Biden gesa gencatan senjata di Lubnan
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menggesa gencatan senjata dikuatkuasakan dengan segera di Lubnan.
Seorang pegawai Amerika bagaimanapun mendedahkan bahawa kedudukan tentera Israel memberi gambaran bahawa pencerobohan darat terhadap Hezbollah mungkin akan berlaku tidak lama lagi.
Ditanya mengenai laporan tentera darat Israel sedang bersiap sedia untuk bergerak ke selatan Lubnan, Presiden Biden hanya berkata, beliau lebih selesa sekiranya Israel menghentikan operasi ketenteraannya.
Beberapa pegawai kanan mengukuhkan gesaan Presiden Biden untuk gencatan senjata dengan menggesa huraian diplomatik segera dimeterai.
Ini bagi membolehkan berpuluh-puluh ribu warga Israel dan Lubnan yang kehilangan tempat tinggal pulang ke rumah mereka di kawasan sempadan.
Sementara itu, Setiausaha Negara Amerika Antony Blinken berkata, Washington akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi di rantau itu dan di seluruh dunia untuk memajukan huraian diplomatik.
Tetapi seorang pegawai Amerika berkata, kedudukan tentera Israel memberi gambaran pencerobohan darat di Lubnan mungkin akan berlaku.
Bagaimanapun, pegawai itu enggan mengulas lanjut atau memberikan butiran mengenai kedudukan tentera Israel.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.