Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Biden, Erdogan bincang mengenai eksport bijiran: Rumah Putih

Anggaran Waktu Membaca:
Biden, Erdogan bincang mengenai eksport bijiran: Rumah Putih

(Gambar: POOL/AFP/SONNY TUMBELAKA)

NUSA DUA: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan rakan sejawatnya dari Turki, Recep Tayyip Erdogan pada Selasa (15 Nov) membincangkan letupan bom yang membawa maut di Istanbul dan usaha antarabangsa untuk mengeksport bijiran Ukraine, menurut Rumah Putih.

Dua pemimpin itu berbincang di luar sidang puncak G20 di Bali, Indonesia dan menyentuh beberapa isu dekat di hati kedua-dua negara yang rapat, namun sering berbalah.

Dalam satu kenyataan, Rumah Putih menyatakan Encik Biden menzahirkan "ucap takziah yang mendalam" atas kematian enam orang dalam serangan letupan bom di jalan raya sibuk di Istanbul pada Ahad (13 Nov) dan menekankan bahawa "kami menyokong sekutu NATO kami".
Pada Isnin (14 Nov) Menteri Dalam Negeri Turki Suleyman Soylu enggan menerima ucapan takziah yang diutuskan daripada kedutaan AS dan menyatakan bahawa Washington membekalkan senjata kepada pejuang Kurdish di utara Syria.

Mesyuarat Biden-Erdogan juga meliputi perjanjian antarabangsa untuk menghantar eksport bijiran Ukraine dengan selamat merentasi Laut Hitam untuk pasaran dunia.

Perjanjian dengan Rusia yang menyerang pantai Laut Hitam Ukraine, adalah penting untuk membantu membendung gangguan kepada bekalan makanan global tetapi dijangka tamat pada Sabtu (19 Nov).

"Presiden Biden menzahirkan penghargaannya kepada Presiden Erdogan atas usahanya memperbaharui Inisiatif Bijiran Laut Hitam yang dipersetujui bersama sambil menekankan ia adalah sangat penting untuk menambah baik keselamatan makanan global sedang perang Rusia. Beliau juga berkata inisiatif itu harus diteruskan," menurut Rumah Putih.

Isu sensitif ketiga yang diketengahkan adalah "kerjasama rapat" perikatan NATO, dengan Turki kini menangguhkan tawaran keahlian oleh Finland dan Sweden.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan