Biden bincang isu keselamatan, ekonomi dengan Maharaja Jepun
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden yang kini dalam rangka lawatan ke Jepun turut mengadakan kunjungan untuk bertemu dengan Maharaja Naruhito.
Maharaja Naruhito dari Jepun (kanan) bersama Presiden AS Joe Biden di Tokyo pada 23 Mei 2022. (Gambar: Saul Loeb/Pool Photo melalui AP)
TOKYO: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden yang kini dalam rangka lawatan ke Jepun turut mengadakan kunjungan untuk bertemu dengan Maharaja Naruhito, lapor agensi berita Xinhua.
Ketibaan Presiden Biden di pekarangan istana disambut Maharaja Naruhito. Kedua-duanya yang memakai pelitup saling berjabat tangan sebelum masuk ke dalam istana.
Pertemuan pada Isnin (23 Mei) itu adalah yang pertama sejak kedua-dua mereka bertemu pada Disember 2013 ketika Naruhito menjadi Putera Mahkota manakala Encik Biden pula sebagai Naib Presiden di bawah pentadbiran mantan Presiden Barack Obama.
Selepas itu, Presiden Biden akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Fumio Kishida dengan topik perbincangan menjurus kepada isu keselamatan dan ekonomi.
Presiden Biden tiba di Jepun pada Ahad (22 Mei) untuk menghadiri Sidang Puncak AS-Jepun dan Sidang Puncak Empat Hala (The Quad).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.