Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Biden 'bimbang' bantuan kepada Ukraine jika Republican kuasai Kongres AS

Anggaran Waktu Membaca:
PITTSBURGH: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menyuarakan kebimbangannya pada Khamis (20 Okt) terhadap prospek bantuan AS kepada Ukraine jika parti Republican meraih kuasa satu atau kedua-dua dewan Kongres AS pada pengundian 8 November nanti.

"Saya khuatir," kata Encik Biden semasa ditemui wartawan di sebuah kedai sandwich di Pittsburgh ketika ditanya mengenai kesan terhadap bantuan Ukraine jika parti Republican menang.

Encik Biden berada di Pittsburgh untuk menyokong kempen anggota Democrat, John Fetterman yang berdepan dengan anggota Republican, Mehmet Oz. Kemenangannya akan membantu menentukan sama ada parti Democrat terus mengekalkan kuasa dalam Senat.

Sejak hari-hari kebelakangan ini, ketua Republican dalam Dewan Perwakilan, Kevin McCarthy, berkata beliau "tidak sanggup menulis cek kosong" bagi bantuan Ukraine jika parti Republican mengambil alih kuasa Dewan Perwakilan daripada parti Democrat dalam pengundian pertengahan penggal, lapor Reuters.

Amerika Syarikat sudah menyalurkan lebih AS$17.5 bilion (S$24.9 bilion) dalam bantuan keselamatan kepada Ukraine sejak pencerobohan Rusia pada 24 Februari lepas.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan