Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Biden bidas kenyataan 'berbahaya' Trump berhubung NATO, tekan perlunya bantuan dana kepada Ukraine

Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengutuk pandangan yang dinyatakan oleh seteru Pilihan Raya Presiden 2024, Donald Trump.

Ia susulan cadangan Encik Trump kepada Rusia agar menyerang negara anggota Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang tidak memberikan komitmen kewangan kepada pakatan tentera itu.

Kata Encik Biden, kenyataan yang dibuat oleh Encik Trump itu amat berbahaya dan tidak mempamerkan imej 'warga Amerika' di mata NATO.

"Hanya beberapa hari yang lalu, Trump menjemput Presiden Putin untuk menyerang beberapa sekutu kami, sekutu NATO.

"Beliau berkata jika sekutu tidak membelanjakan wang yang mencukupi untuk pertahanan, beliau akan menggalakkan Rusia untuk, memetik, 'Buat apa sahaja yang mereka mahu' di akhir petikan.

"Tiada Presiden lain dalam sejarah kita yang pernah tunduk kepada diktator Rusia," katanya.

Pada masa yang sama, Encik Biden juga berkata komen Encik Trump menjadikannya lebih mendesak supaya kongres meluluskan permintaan pembiayaannya yang telah lama terhenti untuk menyokong pertahanan Ukraine terhadap Rusia.

Beliau turut menggesa speaker Republikan, Mike Johnson meluluskan pakej bantuan ketenteraan bernilai AS$95.34 bilion (S$128.71 bilion) untuk Ukraine, Israel dan Taiwan.

Menurutnya, kegagalan berbuat demikian akan menyamai sokongan bagi Presiden Rusia Vladimir Putin.

Malah, kegagalan memberikan sokongan kepada pakej bantuan itu juga bermakna bukan sahaja serangan Rusia mungkin bergerak melangkaui sempadan Ukraine, tetapi juga sekitar negara Eropah yang lain.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan