Biden bertegas Rusia lakukan jenayah perang; sifatkan waran tangkap terhadap Putin sebagai wajar
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: Patrick Semansky / AP
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Jumaat (17 Mac) menuduh Presiden Rusia Vladimir Putin secara terang-terangan melakukan jenayah perang dan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran tangkap terhadapnya adalah wajar.
Awal sebelum itu, ICC pada Jumaat (17 Mac) menggesa Encik Putin diberkas kerana disyaki mengusir kanak-kanak dan memindahkan penduduk Ukraine ke Rusia secara haram sejak ia mula mencerobohi Ukraine pada tahun lalu. AS bagaimanapun bukan anggota ICC.
"Beliau dengan jelas melakukan jenayah perang," kata Encik Biden kepada para wartawan, sambil merujuk kepada Encik Putin.
Encik Biden malah, menyifatkan keputusan ICC untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Encik Putin sebagai satu tindakan yang wajar.

BACA:
"Tetapi, yang menjadi tanda tanya adalah, ia tidak diiktiraf di peringkat antarabangsa, termasuk kami juga. Ia bagaimanapun menyampaikan isyarat yang sangat jelas."
AS secara berasingan merumuskan bahawa tentera Rusia telah melakukan jenayah perang di Ukraine dan berpegang teguh pada pendirian bahawa pesalah-pesalah jenayah perang mesti dipertanggungjawabkan, tegas jurucakap Jabatan Negara dalam kenyataan yang dibuat menerusi emel.
"Memang jelas Rusia sedang melakukan jenayah perang dan kekejaman (di) Ukraine, dan kami juga dengan jelas (menekankan) bahawa para pelaku mesti dipertanggungjawabkan," tambah jurucakap tersebut.
"Ini merupakan satu keputusan yang dicapai pihak pendakwa ICC secara bebas berdasarkan fakta-fakta yang dibentangkan kepadanya."

Sumber : Reuters/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.