Biden beri amaran tentang pemerintahan 'oligarki' Trump dalam ucapan perpisahan
Anggaran Waktu Membaca:

Presiden Joe Biden (kiri) dan Encik Donald Trump. (Gambar: AP)
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menggesa rakyat Amerika supaya berwaspada terhadap pemerintahan oligarki "berbahaya" yang terbentuk di bawah Donald Trump ketika beliau menyampaikan ucapan perpisahan sebelum mengundurkan diri minggu depan.
Dalam ucapan perpisahannya dari Oval Office pada penghujung penggal tunggalnya memegang jawatan, beliau memberi amaran tentang "pertubuhan industri teknologi" yang sangat kaya yang katanya boleh memperoleh kuasa tanpa kawalan ke atas rakyat Amerika.
“Hari ini, oligarki sedang terbentuk di Amerika dengan kekayaan yang melampau, kuasa dan pengaruh yangakan mengancam seluruh demokrasi kita, hak asasi dan kebebasan kita,” kata pemimpin Demockrat berusia 82 tahun itu.
Encik Biden memulakan ucapannya dengan menggembar-gemburkan legasi empat tahun beliau memegang jawatan, dengan berkata ia mungkin mengambil masa untuk merasai manfaatnya tetapi "benih telah ditanam" untuk rakyat Amerika pada masa hadapan.
Beliau kemudian beralih dengan menggambarkan beberapa siri bahaya yang menurutnya sedang dihadapi Amerika Syarikat, yang jelas merujuk kepada hubungan rapat Encik Trump dengan orang terkaya di dunia, Elon Musk, serta taikun teknologi lain.
Encik Biden memberi amaran terdapat "pemusatan kuasa yang berbahaya di tangan segelintir orang yang sangat kaya" dengan "akibat berbahaya jika penyalahgunaan kuasa dibiarkan tanpa kawalan."
MAKLUMAT SALAH MELIMPAH RUAH
Beliau kemudian menyelar firma media sosial, dengan mendakwa Encik Musk telah menukar X menjadi megafon sayap kanan dan bos Meta Mark Zuckerberg menamatkan operasi semakan fakta di Amerika ketika dia ingin dapatkan sokongan Encik Trump.
"Rakyat Amerika sedang terkubur di bawah maklumat salah yang melimpah ruah," kata Biden.
"Akhbar bebas semakin runtuh. Editor semakin hilang. Media sosial tidak lagi buat pemeriksaan fakta. Kebenaran diselubungi oleh pembohongan demi kuasa dan keuntungan."
Beliau mengimbas kembali amaran keras yang dikeluarkan oleh Presiden Dwight Eisenhower dalam ucapan perpisahannya sendiri pada tahun 1961 tentang bahaya pertubuhan industri tentera di luar kawalan.
"Saya bimbang tentang potensi peningkatan badan industri teknologi ini," katanya.
Dengan Encik Trump merancang untuk membatalkan komitmen Amerika untuk mengurangkan pemanasan global, Encik Biden seterusnya memberi amaran bahawa "entiti berkuasa" mengancam pencapaian iklimnya.
Beliau juga memberi amaran mengenai kebangkitan AI, sambil mengatakan bahawa Amerika mesti mendahului China dalam teknologi transformatif.
"Ia adalah penghormatan tertinggi dalam hidup saya untuk memimpin anda sebagai ketua komander," kata Encik Biden, sebagai menggulung ucapannya.
Nasihatnya kepada rakyat Amerika: "Kini giliran anda untuk berjaga-jaga."

Sumber : AFP/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.