Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Biden beri amaran kematian COVID-19 AS boleh lepasi 600,000 kes

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden memberi amaran kes kematian koronavirus di negara itu dijangka melonjak melebihi 600,000. Oleh itu, beliau menggesa Kongres segera meluluskan rancangannya,menyediakan bantuan ekonomi COVID-19 bernilai AS$1.9 trilion (S$2.5 trilion).

Anggaran Waktu Membaca:
Biden beri amaran kematian COVID-19 AS boleh lepasi 600,000 kes

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden. (Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 23 Jan 2021 06:33PM Dikemas Kini : 23 Jan 2021 06:37PM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden memberi amaran kes kematian koronavirus di negara itu dijangka melonjak melebihi 600,000. Oleh itu, beliau menggesa Kongres segera meluluskan rancangannya,menyediakan bantuan ekonomi COVID-19 bernilai AS$1.9 trilion (S$2.5 trilion).

Bagaimanapun, usahanya untuk mendapatkan kerjasama Kongres bagi agenda 'Rancangan Menyelamatkan Amerika' itu, mungkin menjadi rumit dengan pendakwaan pemecatan Donald Trump di Senat.

Penggubal undang-undang kanan Democrat berkata, mereka akan menghantar usul pendakwaan yang sudah diluluskan oleh Dewan Rakyat kepada Senat pada Isnin, sekali gus memulakan perbicaraan Trump.

"Virus ini kian menjadi lebih teruk," kata Encik Biden kepada wartawan di Rumah Putih, sebelum menandatangani arahan eksekutif bagi menambah bantuan makanan dan mempercepat bayaran rangsangan kepada rakyat Amerika Syarikat.

"Kita kini mencatatkan 400,000 kematian, ia dijangka melebihi 600,000. Banyak keluarga yang akan kelaparan. Ada yang berisiko dihalau daripada rumah. Jumlah pengangguran meningkat. Kita perlu bertindak segera dengan pantas," katanya.

Encik Biden berkata beliau berharap untuk bekerjasama dengan kedua-dua pihak dalam Kongres untuk "mempercepatkan" bantuan kepada orang ramai menerusi perancangannya.

"Kesimpulannya: Kita berada dalam keadaan darurat negara. Kita perlu bertindak seperti kita berada dalam keadaan ini," katanya.

Encik Biden perlu menggesa Kongres untuk mendapatkan dana, dan pada masa sama perlu mengesahkan pemerintahya serta bersedia berdepan keadaan huru-hara akibat perbicaraan pendakwaan Trump.

Trump dikenakan pendakwaan pemecatan daripada jawatan Presiden Amerika oleh Kongres pada 13 Januari lalu kerana menghasut penyokongnya untuk menyerbu masuk ke dalam bangunan Capitol seminggu sebelum itu.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan