Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Biden akan umum langkah tangani China di Laut China Selatan dalam Sidang Puncak Filipina-Jepun

Anggaran Waktu Membaca:
Biden akan umum langkah tangani China di Laut China Selatan dalam Sidang Puncak Filipina-Jepun

(Gambar: AFP/CHIP SOMODEVILLA)

WASHINGTON: Ketegangan antara China dengan jiran-jirannya yang sudah berlarutan sejak sekian lama akan dibincangkan pada Khamis (11 Apr), sedang para pemimpin Amerika Syarikat, Jepun dan Filipina berhimpun di Rumah Putih untuk mengurangkan tekanan Beijing ke atas Manila di Laut China Selatan yang dipertikaikan.

Presiden Joe Biden akan mengumumkan usaha ketenteraan bersama dan perbelanjaan infrastruktur baharu di bekas tanah jajahan Amerika itu apabila beliau menjadi tuan rumah kepada Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr. dan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida di Washington untuk sidang puncak tiga hala yang pertama seumpamanya.

Agenda utama dalam mesyuarat itu ialah tekanan China yang semakin meningkat di Laut China Selatan, walaupun terdapat rayuan peribadi oleh Presiden Biden kepada Presiden China Xi Jinping pada tahun lalu.

Filipina dan China berdepan dengan beberapa pertembungan maritim bulan lalu termasuk penggunaan meriam air dan pertikaian yang semakin sengit. Pertikaian itu berlaku di Second Thomas Shoal, yang menempatkan sebilangan kecil askar Filipina di atas kapal perang di sana pada 1999 untuk mengukuhkan tuntutan kedaulatannya.
Presiden Biden akan mengesahkan bahawa perjanjian pertahanan bersama semasa era 1950-an yang mengikat Washington dan Manila akan memerlukan Amerika Syarikat untuk bertindak balas terhadap serangan bersenjata ke atas Filipina di Second Thomas Shoal, kata salah seorang pegawai Amerika.

"Apa yang anda akan lihat ialah demonstrasi sokongan dan tekad yang jelas daripada Presiden Biden dan Perdana Menteri Kishida bahawa kami berganding bahu dengan Presiden Marcos, bersedia untuk menyokong dan bekerjasama dengan Filipina pada setiap masa," kata pegawai itu.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan