Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Biden akan tarik diri dari Pilihan Raya Presiden jika doktor dedah ada masalah kesihatan

Anggaran Waktu Membaca:
MOSKO: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berkata dalam satu temu bual dengan BET News bahawa beliau akan menarik diri daripada Pilihan Raya Presiden jika doktor mendedahkan beliau mempunyai masalah kesihatan, lapor Sputnik.

Encik Biden sebelum ini berkata keadaan kesihatannya tidak memerlukan pemeriksaan tambahan, tetapi beliau bersedia jika doktor memintanya.

"Jika saya mempunyai sebarang keadaan perubatan yang timbul, jika seseorang - jika doktor datang kepada saya dan berkata 'anda ada masalah ini, masalah itu'," kata Encik Biden, menjawab tentang apa yang boleh membuatnya meninggalkan perlumbaan.

Petikan daripada temu bual BET News, yang dijadualkan disiarkan pada pukul 10.00 malam ET pada 17 Julai (0200 GMT pada 18 Julai), disediakan oleh CBS News.

Presiden Biden percaya bahawa satu-satunya perkara yang dibawa oleh usia adalah kebijaksanaan.

Terdapat lebih ramai orang dalam kalangan Democrat yang mahu mencalonkan individu lain bagi menggantikan Encik Biden selepas kegagalannya dalam debat dengan calon Republican Donald Trump.

Secara teori, parti akan mempunyai peluang sedemikian pada kongres pada bulan Ogos, tetapi dalam amalannya, akan menjadi sukar untuk mengeluarkan calon yang memenangi pemilihan awal daripada perlumbaan jika beliau tidak menolak untuk turut serta.

Pada masa yang sama, Encik Biden mengatakan beliau berhasrat untuk kekal dalam perlumbaan.

Debat kedua Biden-Trump dijadualkan pada 10 September. Pilihan Raya Presiden Amerika akan berlangsung pada 5 November.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan