Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Biden akan tandatangani puluhan perintah eksekutif pada hari pertama di Rumah Putih

Bakal Presiden Amerika Syarikat Joe Biden merancang menandatangani puluhan perintah eksekutif pada beberapa hari pertamanya di Rumah Putih untuk mengubah beberapa dasar yang menimbulkan kontroversi.

Anggaran Waktu Membaca:
Biden akan tandatangani puluhan perintah eksekutif pada hari pertama di Rumah Putih

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden. (Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 17 Jan 2021 05:39PM Dikemas Kini : 17 Jan 2021 05:42PM

WASHINGTON: Bakal Presiden Amerika Syarikat Joe Biden merancang menandatangani puluhan perintah eksekutif pada beberapa hari pertamanya di Rumah Putih untuk mengubah beberapa dasar yang menimbulkan kontroversi.

Penasihat kanannya berkata tindakan-tindakan tersebut termasuk menangani pandemik COVID-19, ekonomi Amerika yang lemah, perubahan iklim dan ketidakadilan kaum di Amerika.

Encik Biden dijangka juga mengakhiri larangan imigresen terhadap beberapa negara yang majoriti penduduknya Muslim serta mewajibkan pemakaian pelitup.

Kebanyakan langkah tersebut merupakan perubahan dasar-dasar Presiden Donald Trump dan tidak memerlukan kelulusan Kongres.

Menjelang upacara pelantikan rasmi Encik Biden, semua 50 negeri Amerika diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga minggu ini.

Biro Siasatan Federal (FBI) memberi amaran mengenai kemungkinan bantahan-bantahan dilancarkan oleh para penyokong Encik Trump di semua ibu kota.

Ini setelah catatan yang menggesa dilancarkan tunjuk perasaan, tular secara online.

Puluhan ribu anggota Pasukan Pengawal Negara dikerah ke Washington DC.

Jalan-jalan raya utama dikawal rapi.

National Mall, yang biasanya dikunjungi ramai setiap empat tahun untuk menyaksikan pelantikan presiden, juga ditutup.

Polis sebelum ini menahan seorang lelaki yang bersenjata berat di pusat pemeriksaan keselamatan berhampiran bangunan Capitol.

Dia memiliki pistol serta lebih 500 peluru.

Lelaki itu didapati menggunakan identiti palsu.  

Sumber : CNA/MM/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan