Skip to main content

Dunia

Biden akan sentuh soal Afghanistan, sedang Taliban takluki wilayah

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata beliau akan menyentuh tentang Afghanistan pada Khamis (8 Jul), beberapa hari selepas tentera Amerika Syarikat menarik diri daripada pangkalan tentera utama mereka, 20 tahun setelah memasuki negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Biden akan sentuh soal Afghanistan, sedang Taliban takluki wilayah

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 08 Jul 2021 10:59AM Dikemas Kini : 08 Jul 2021 11:00AM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata beliau akan menyentuh tentang Afghanistan pada Khamis (8 Jul), beberapa hari selepas tentera Amerika Syarikat menarik diri daripada pangkalan tentera utama mereka, 20 tahun setelah memasuki negara itu.

Encik Biden mengeluarkan kenyataan itu kepada para wartawan di Rumah Putih apabila ditanya jika beliau bimbang tentang Kabul yang mungkin tumbang di tengah-tengah serangan bertubi-tubi Taliban.

Pengunduran senyap-senyap oleh tentera Amerika Syarikat dari Pangkalan Udara Bagram di utara Kabul pada Jumaat lalu secara rasmi menamatkan peperangan paling lama dalam sejarah Amerika Syarikat.

Encik Biden berkata pada Jumaat bahawa sejumlah askar Amerika Syarikat akan tetap berada di Afghanistan pada September sebagai sebahagian daripada "pengunduran rasional dengan sekutu".

Jurucakap Rumah Putih Jen Psaki dalam satu kenyataan berkata bahawa Encik Biden akan berbicara mengenai "usaha pengunduran berterusan kami dan keselamatan serta bantuan kemanusiaan yang berterusan" kepada rakyat dan tentera Afghanistan pada petang Khamis.

Menurut Cik Psaki, pada pagi Khamis, Encik Biden akan bertemu dengan pasukan keselamatan negara untuk mendapatkan kemas kini tentang kemajuan pengunduran dari Afghanistan.

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita