Skip to main content

Dunia

Biden akan pastikan 67 juta penjawat awam AS divaksin

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mengulangi keperluan syarat vaksinasi COVID-19 dalam usaha memastikan kira-kira 67 juta rakyat negara itu yang masih belum divaksin menerima suntikan vaksin.

Anggaran Waktu Membaca:
Biden akan pastikan 67 juta penjawat awam AS divaksin

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 08 Oct 2021 10:02AM Dikemas Kini : 08 Oct 2021 10:04AM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mengulangi keperluan syarat vaksinasi COVID-19 dalam usaha memastikan kira-kira 67 juta rakyat negara itu yang masih belum divaksin menerima suntikan vaksin.

Sejak mengambil alih tampuk kepimpinan Januari lalu, keutamaan Biden adalah memastikan seramai mungkin rakyatnya menerima vaksin.

Namun, ketika ini, pentadbiran Biden terpaksa menggunakan arahan tegas demi memastikan penjawat awam terutamanya untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Ini kerana, jelasnya, tanpa vaksin, usaha mengekang COVID-19 akan terjejas.

"Kita perlu melawan jangkitan ini. Walaupun saya tidak mengeluarkan arahan secepat mungkin, oleh sebab itu saya perlu membuat arahan memastikan semua orang divaksin yang mana saya ada kuasa melakukannya.

"Pentadbiran saya memerlukan penjawat awam divaksin. Kita juga perlukan kontraktor awam divaksin.

"Jika anda mempunyai kontrak dengan Pemerintah Persekutuan, bekerja untuk Pemerintah Persekutuan, anda perlu divaksin.

"Kita juga memastikan askar yang sedang bertugas divaksin. Kami memastikan petugas kesihatan awam divaksin kerana sekiranya anda mendapatkan rawatan, anda perlu memastikan orang yang merawat anda dilindungi daripada COVID-19 dan tidak menularkannya," kata Biden.

Dalam masa beberapa minggu akan datang, lebih 100 juta rakyat Amerika Syarikat dijangka menerima arahan suntikan vaksin oleh Biden.

Pada masa yang sama, pentadbirannya menggesa para majikan supaya mengambil inisiatif tambahan dengan memastikan suntikan vaksin diberikan secara sukarela.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita