Skip to main content

Dunia

Biden akan kaji semula isu Rohingya

Pentadbiran Biden akan mengkaji semula untuk menentukan sama ada penganiayaan Myanmar terhadap minoriti Rohingya sama seperti genosid atau pembunuhan beramai-ramai, kata Setiausaha Negara, Encik Antony Blinken pada Selasa, lapor Agensi Anadolu.

Anggaran Waktu Membaca:
Biden akan kaji semula isu Rohingya

Encik Joe Biden. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 20 Jan 2021 06:57PM Dikemas Kini : 20 Jan 2021 07:00PM

WASHINGTON: Pentadbiran Biden akan mengkaji semula untuk menentukan sama ada penganiayaan Myanmar terhadap minoriti Rohingya sama seperti genosid atau pembunuhan beramai-ramai, kata Setiausaha Negara, Encik Antony Blinken pada Selasa, lapor Agensi Anadolu.

Beliau berkata demikian ketika sesi Senat yang membahaskan usul pelantikannya sebagai Setiausaha Negara dan andai diluluskan, jawatan itu membolehkannya mengetuai proses berkenaan.

Menurut Amnesty International, lebih 750,000 pelarian Rohingya, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, melarikan diri dari Myanmar dan menuju ke Bangladesh selepas tentera Myanmar bertindak kejam terhadap komuniti minoriti Muslim pada Ogos 2017.

Sejak itu, hampir 24,000 Muslim Rohingya dibunuh tentera Myanmar, menurut laporan Pertubuhan Pembangunan Antarabangsa Ontario (OIDA).

Usul pelantikan Binken dijangka diluluskan Senat selewat-lewatnya Rabu, sebaik selepas Joe Biden secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita