Bidang kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan M'sia akan dipinda bagi cegah kenderaan asing seludup diesel
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Bernama
BUKIT KAYU HITAM: Kerajaan Malaysia perlu meminda akta berkaitan bidang kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi membolehkan tindakan undang-undang dikenakan terhadap kenderaan asing yang diubah suai, dalam usaha menangani isu ketirisan diesel di negara itu.
Timbalan Menteri Kewangan 1 Ahmad Maslan berkata beliau akan mencadangkan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk meminda akta berkaitan agar pelibatan JPJ menjadi lebih berkesan, melalui penguatkuasaan undang-undang bagi menyekat aktiviti penyeludupan diesel menggunakan kenderaan yang diubah suai itu.
“Penyeludupan perkara yang semakin menjadi-jadi...sebagai contoh ubah suai kenderaan pikap telah menjadi satu trend, di mana mereka menyeludup terutama diesel menggunakan kenderaan pikap (ubah suai ada tangki tambahan). Sekarang ini tidak boleh diambil tindakan kerana akta (di bawah bidang kuasa JPJ), tidak meliputi ubah suai kenderaan asing.
“Walhal mereka (warga asing) mengubah suai kenderaan mereka dan mereka menyeludup dengan kenderaan yang diubah suai, tetapi kita hanya boleh mengkompaun atas sebab penyeludupan diesel itu tetapi kita tidak boleh nak kompaun atas ubah suai kenderaan.
“Apabila mereka telah dikompaun atas kesalahan menyeludup diesel, kenderaan itu akan patah balik ke negara jiran dan kemudian mereka (kemungkinan) mengulangi sekali lagi, berulang kali (kegiatan menyeludup diesel),” katanya semasa sidang media selepas melawat Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) pada Ahad (5 Mac).
Encik Anwar semasa membentangkan Belanjawan 2023 memberitahu wujudnya ketirisan dalam subsidi diesel, dengan anggaran nilai hampir RM10 bilion (S$3 bilion) nilai subsidi diesel yang dipercayai diseleweng tahun lalu.
Encik Ahmad berkata pada 1 Mac lalu bahawa pihak Kastam Kedah menahan dua kenderaan pikap asing yang diubah suai kerana cubaan menyeludup keluar diesel ke negara jiran sebanyak 800 liter.
Untuk rekod, Kastam Kedah juga pernah menahan enam kenderaan pikap yang diubah suai dengan tambahan tangki khas, yang bermuatan minyak diesel di pintu keluar kenderaan ringan atau persendirian (eksport), di Kompleks ICQS pada 29 Januari lalu.
Sejumlah 1,780 liter minyak diesel daripada semua kenderaan yang berdaftar di negara jiran itu dirampas dengan nilai RM3,827 (S$1,148).
Encik Ahmad berkata usaha bersepadu antara Kastam dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) perlu juga dilakukan bagi memantau stesen minyak yang beroperasi di sekitar Bukit Kayu Hitam selain kerjasama dengan pihak stesen minyak terbabit agar penyeludupan diesel dapat dihalang.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.