Bicara kes saman Ismail Sabri terhadap Lokman Adam bermula 29 Jan 2024
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Astro Awani
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menetapkan tiga hari bermula 29 Januari tahun depan untuk perbicaraan kes saman bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob terhadap bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Lokman Noor Adam.
Peguam Joshua Tan yang mewakili Encik Ismail Sabri ketika dihubungi berkata tarikh perbicaraan pada 29 hingga 31 Januari 2024 itu ditetapkan oleh Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh pada prosiding 29 November tahun lalu.
Mengenai pengurusan kes di hadapan hakim sama hari ini, Joshua berkata mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan dokumen berkaitan perbicaraan kes saman itu termasuk senarai saksi pada 20 Mac ini.
“Mahkamah juga menetapkan pengurusan kes selanjutnya pada 21 Mac,” katanya dan memaklumkan prosiding pada Isnin (6 Mac) turut dihadiri peguam Mohd Faiz Abd Rahim mewakili Lokman.
Pada 8 September tahun lalu, Encik Ismail Sabri, 63 tahun, yang juga Ahli Parlimen Bera selaku plaintif memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi beliau dan menamakan Lokman, 50 tahun, sebagai defendan.
Dalam pernyataan tuntutan, Ismail Sabri mendakwa Lokman pada 22 Ogos tahun lalu sudah membuat beberapa kenyataan fitnah terhadapnya dalam video bertajuk ‘Bila Presiden UMNO Panggil Tak Datang! Tapi PM Ada Masa Jumpa Mahathir - Lokman Adam.’
Beliau berkata kenyataan itu yang berniat jahat, berunsur fitnah dan tidak benar dimuat naik di empat akaun media sosial milik defendan iaitu YouTube ‘Lokman Adam,’ Facebook ‘Lokman Noor Adam Official,’ Instagram ‘lokmannooradam’ dan TikTok ‘datoklokmanadam.’
Menurut plaintif, kata-kata fitnah itu antara lain membawa maksud beliau berjumpa dengan Encik Mahathir Mohamad dan merancang atau berniat untuk merancang dengan bekas Perdana Menteri itu serta parti politik lain yang bertentangan dengan UMNO untuk kekal sebagai Perdana Menteri dengan membelakangkan dan mengkhianati UMNO.

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.