Skip to main content

Dunia

Bicara kes 1MDB Najib ditangguh lagi ke 29 Jun

Perbicaraan kes berprofil tinggi melibatkan bekas perdana menteri Malaysia, Najib Razak, yang menghadapi pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM2.3 bilion (S$737 juta) milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), akan bersambung pada 29 Jun di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.

Anggaran Waktu Membaca:
Bicara kes 1MDB Najib ditangguh lagi ke 29 Jun

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 24 Jun 2021 02:07PM Dikemas Kini : 24 Jun 2021 02:09PM

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes berprofil tinggi melibatkan bekas perdana menteri Malaysia, Najib Razak, yang menghadapi pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM2.3 bilion (S$737 juta) milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), akan bersambung pada 29 Jun di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berkata kes itu sepatutnya ditetapkan untuk sambung bicara pada Isnin lalu (21 Jun) di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah, namun ditangguh berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

"Mahkamah sebelum ini menetapkan 28, 29 dan 30 Jun untuk sambung bicara. Tetapi, oleh kerana PKP 3.0 dilanjutkan hingga 28 Jun, maka perbicaraan akan bermula pada 29 Jun," katanya ketika dihubungi Bernama menerusi aplikasi WhatsApp hari ini (24 Jun).

Peguam Najib, Wan Aizuddin Wan Mohammed, dijangka meneruskan pemeriksaan balas saksi pendakwaan ke-10, bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Mohd Hazem Abdul Rahman berusia 49 tahun, apabila perbicaraan bersambung nanti.

Najib, 67 tahun, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita