Biar polis siasat dakwaan remaja dicabul Anggota Parlimen
Menteri Dalam Negeri Malaysia Muhyiddin Yassin menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang remaja bawah umur dicabul, yang turut membabitkan seorang Anggota Parlimen di Perlis.
Encik Muhyiddin Yassin. (Gambar: Reuters)
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Malaysia Muhyiddin Yassin menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang remaja bawah umur dicabul, yang turut membabitkan seorang Anggota Parlimen di Perlis.
Encik Muhyiddin mengaku beliau menerima aduan berhubung kes itu daripada Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun.
“Ya, saya terima laporan daripada Ketua Polis Negara dan saya serahkan segala urusan kepada pihak polis nak siasat, nak dapatkan informasi, terserah kepada polis. Biar polis buat siasatan,” katanya kepada para wartawan di lobi Parlimen pada Selasa (30 Okt).
Encik Muhyiddin berkata demikian ketika mengulas mengenai aduan polis yang dikatakan dibuat baru-baru ini berhubung perlakuan ahli politik berkenaan sebelum ia ditarik balik pada hari yang sama.
UMNO AKAN DIBUBARKAN?
Mengulas mengenai laporan bahawa UMNO sudah menerima surat tunjuk sebab daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang mungkin menjurus kepada pengharaman parti itu pula, Encik Muhyiddin menyerahkan tindakan lanjut sepenuhnya kepada RoS.
“Saya tidak pasti surat tunjuk sebab itu dikeluarkan bertujuan membubarkan UMNO atau adalah isu pentadbiran kerana RoS bertanggungjawab terhadap perjalanan semua pertubuhan yang didaftarkan di bawah pendaftar pertubuhan ini.
“Jadi tiap-tiap tahun kena dapatkan maklumat tentang perjalanan parti atau pertubuhan, dan sekiranya didapati ada perkara yang tidak mengikut peraturan atau tidak menepati perlembagaan parti, itu tugas RoS,” katanya.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menarik perhatian bahawa RoS pernah mengeluarkan perintah pembubaran sementara kepada Bersatu sebelum ini kerana tidak menghantar dokumen yang diperlukan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.