Bhumjaithai menang paling banyak kerusi dalam pilihan raya, sedia kerjasama dengan parti lain: PM Anutin
Anggaran Waktu Membaca:
BANGKOK: Parti Bhumjaithai yang diterajui Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul mengatasi pesaingnya dengan selesa dalam pilihan raya umum negara pada Ahad (8 Feb), menurut keputusan tidak rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
Ia dijangka memenangi 175 daripada kemungkinan 400 kerusi kawasan undi, pada pukul 11.45 malam waktu tempatan.
Dengan Parti Klatham dijangka memenangi 56 kerusi, ini bermakna Encik Anutin berada dalam kedudukan terbaik untuk memimpin pemerintah seterusnya.
Berada di tempat kedua di belakang Parti Bhumjaithai ialah Parti Rakyat progresif dengan 85 kerusi, disusuli dengan parti yang diterajui keluarga Shinawatra, Pheu Thai, dengan 60 kerusi.
Sekitar 89 peratus undi dikira pada masa itu.
Bhumjaithai akan menerima lebih banyak kerusi setelah peruntukan Anggota Parlimen senarai parti, yang dikira mengikut kadar jumlah undi, selesai, yang mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu untuk disahkan.
Prestasinya berbeza dengan pilihan raya 2023 dan 2019, apabila ia bukan pesaing dan memenangi 71 dan 51 kerusi secara keseluruhan.
Dewan Rakyat Thailand yang mempunyai 500 kerusi diputuskan melalui sistem campuran.
Daripada jumlah ini, 400 kerusi kawasan undi diputuskan melalui sistem 'first-past-the-post' manakala baki 100 kerusi senarai parti diperuntukkan berdasarkan bahagian undi nasional setiap parti.
Suruhanjaya Pilihan Raya dikehendaki mengesahkan kiraan undi dan mengumumkan keputusan rasmi dalam tempoh 60 hari dari Hari Mengundi, iaitu menjelang 9 April.
Setelah disahkan, parlimen baharu mesti bersidang dalam tempoh 15 hari untuk memilih Speaker dan Timbalan Speakernya.
Parlimen kemudian akan mengundi untuk memilih Perdana Menteri baharu, yang mesti mendapat sokongan lebih daripada separuh Anggota Parlimen, yang bermakna seorang calon memerlukan sekurang-kurangnya 251 undi.
Walaupun ribut lebat menyukarkan pengiraan undi di ibu negara Thailand, Encik Anutin memasuki ibu pejabat partinya dalam keadaan hujan di Bangkok dengan senyuman lebar sekitar pukul 9.00 malam waktu tempatan.
Ini selepas kiraan awal menunjukkan beliau berada di landasan yang baik untuk memperoleh kemenangan yang sepatutnya membolehkan beliau membentuk pemerintah majoriti tanpa perlu membuat perjanjian dengan pesaing utamanya.
"Ia belum rasmi lagi, tetapi dari apa yang kita boleh lihat, nampaknya kami akan mempunyai kerusi yang paling banyak," katanya kira-kira sejam kemudian semasa bercakap kepada media, sambil mengucapkan terima kasih kepada pengundi atas kepercayaan mereka.
"Kemenangan kami adalah kemenangan semua."
Beliau menambah bahawa Bhumjaithai menerima "isyarat jelas" untuk mentadbir negara, dan ia menerima tugas tersebut di bawah rejim demokratik dengan raja sebagai ketua negara.
"Kemenangan Bhumjaithai adalah kemenangan rakyat - semua orang, sama ada mereka mengundi untuk kami atau tidak," katanya.
"Pada saat ini rakyat telah memberi kami lebih daripada apa yang kita jangkakan pagi tadi.
"Jadi kami terhutang budi kepada pengundi dan kami hanya akan membalas mereka dengan bekerja sebaik mungkin untuk membawa semua perkara baik kepada mereka dan negara kita."
Encik Anutin menekankan bahawa Bhumjaithai akan menunggu keputusan rasmi pilihan raya terlebih dahulu sebelum meminta pihak lain untuk menyertai pemerintah campuran.
"Satu-satunya perkara yang boleh kami katakan sekarang, kami akan melakukannya untuk kepentingan negara sebagai keutamaan tertinggi," katanya.
Encik Anutin turut mengucapkan tahniah kepada semua parti lain yang memenangi kerusi.
Beliau berkata beliau berharap semua pihak dapat bekerjasama dan beliau menantikan untuk bergerak ke hadapan dengan Kabinet dan pemerintah yang lebih kukuh lagi.
PENGUNDI MAHU EKONOMI LEBIH BAIK, "KURANG PENIPU"
Lebih 50 juta rakyat Thailand layak mengundi pada Ahad. Lebih 2 juta mengundi awal pada 1 Februari.
Isu-isu utama yang diketengahkan dalam kempen pilihan raya termasuk kos sara hidup, pemulihan ekonomi dan reformasi politik.
Pusat mengundi dibuka pada pukul 8.00 pagi Ahad dan ditutup pada pukul 5.00 petang, dengan pengundi memberitahu Mediacorp bahawa selepas bertahun-tahun ketidakpastian politik dan keadaan yang rapuh, mereka berharap untuk masa depan bebas rasuah, ekonomi yang lebih baik dan "kurang individu terlibat skim penipuan".
Berucap lebih awal pada Ahad di kawasan undi asalnya di bandar Buriram di timur laut Thailand, yang juga merupakan ibu pejabat Parti Bhumjaithai, Encik Anutin berkata beliau berharap untuk perdamaian antara parti-parti.
"Saya berharap semua parti berjaya dalam pilihan raya ini dan kita boleh melupakan perkara yang telah berlalu," kata Encik Anutin.
"Saya mungkin pernah bercanggah dengan sesetengah pihak, jadi izinkan saya menggunakan peluang ini untuk memohon maaf daripada semua orang."

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.