Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Beza usia 47 tahun, jejaka 29 tahun ini sah nikahi wanita, 76

Pernikahan Encik Jamhar Ali Nursahid, yang berusia 29 tahun dengan pasangannya Cik Yainem, 76 tahun amat unik sekali. Meski wujud perbezaan usia 47 tahun, pasangan ini, bahagia dapat disatukan sebagai suami isteri dalam ikatan suci.

Anggaran Waktu Membaca:
Beza usia 47 tahun, jejaka 29 tahun ini sah nikahi wanita, 76

Pernikahan Unik Beza Usia 47 Tahun. (Gambar: Instagram @makasar__iinfo/Merdeka.com)

Diterbitkan : 04 Dec 2020 11:54PM Dikemas Kini : 04 Dec 2020 11:56PM

PONOROGO, JAWA TIMUR: Pernikahan Encik Jamhar Ali Nursahid, yang berusia 29 tahun dengan pasangannya Cik Yainem, 76 tahun amat unik sekali. Meski wujud perbezaan usia 47 tahun, pasangan ini, bahagia dapat disatukan sebagai suami isteri dalam ikatan suci.

YAINEM SENANG BERGELAR ISTERI

Selepas sah menjadi suami isteri, Cik Yainem berasa begitu senang kerana akhirnya, beliau dapat hidup bersama suami yang merupakan pujaan hatinya itu.

(Gambar-gambar: Instagram/@makasar__iinfo/Merdeka.com)

Menurutnya, sebagai seorang petani, beliau sering berasa kesunyian. Sebelum bernikah dengan suaminya, beliau sering kesunyian kerana tidak berteman di rumah.

LIMA LAMARAN DITOLAK SEBELUMNYA

Sebenarnya, wanita berusia 76 tahun ini sanggup menolak pinangan lima lelaki sebelum ini dan memilih suaminya, Jamhar Ali Nursahid. Pelbagai sebab yang diberikan mengapa beliau menolak lamaran-lamaran tersebut. Antaranya adalah ketidakserasian dengan jejaka-jejaka itu.

"Nenek Yainem kini sudah bergelar isteri yang sah kepada Jamhar Ali Nursahid. Siapa sangka sebelum ini nenek berusia 76 tahun ini sempat menolak lamaran orang lain yang ingin menikahinya sebanyak lima kali. Pelbagai alasan diberikan termasuk ketidakserasian dan tiada klik di hatinya," menurut kenyataan yang dipetik dari akaun Instagram @makasar__iinfo.

YAINEM BAHAGIA BUKA CERITA CINTA BERPUTIK

Titik permulaan kisah cinta Cik Yaimen dan suaminya bermula di Pasar Slahung di mana mereka kali pertama bertemu. Saling mengaku tertarik dengan diri masing-masing, mereka melafazkan kasih sayang tidak lama kemudian dan Cik Yainem segera menerima lamaran Ali.

"Ketika dilamar oleh Ali yang beza usia 47 tahun, Yainem terus menerima dan langsung ingin menikah," menurut kenyataan yang dipetik dari akaun Instagram @makasar__iinfo.

Kisah pernikahan unik ini membuat ramai terkejut lebih-lebih lagi dengan perbezaan usia 47 tahun.

Namun, ramai juga yang sempat mengongsi kata-kata manis buat pasangan ini serta mendoakan kebahagiaan mereka.  

Sumber : Agensi berita/NJ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan