Skip to main content

Dunia

Beruang matahari betina ditangkap di Kampung Jenang

 Seekor beruang matahari betina dianggarkan seberat 60 kilogram berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu di Kampung Jenang di sini pagi tadi (5 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Beruang matahari betina ditangkap di Kampung Jenang

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 05 Sep 2020 03:43PM Dikemas Kini : 05 Sep 2020 03:45PM

MARANG: Seekor beruang matahari betina dianggarkan seberat 60 kilogram berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu di Kampung Jenang di sini pagi tadi (5 Sep).

Pengarah Perhilitan Terengganu Dr Abdul Malek Mohd Yusof berkata beruang yang dianggarkan berusia lapan tahun itu ditangkap selepas memasuki perangkap kedua yang dipasang oleh Perhilitan malam tadi.

"Kita telah menerima laporan berkenaan dua ekor beruang (matahari) yang berkeliaran dan merosakkan tanaman seperti kelapa di kampung berkenaan sejak minggu lepas.

"Semalam kita telah berjaya menangkap seekor beruang matahari jantan seberat 70 kg, hari ini pula kira-kira pukul 6.00 pagi tadi seekor lagi beruang matahari betina berjaya kita tangkap di kawasan yang sama," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita