Skip to main content

Dunia

BERSATU terus perkasa PN meski PAS putus hubungan: Muhyiddin

Anggaran Waktu Membaca:
BERSATU terus perkasa PN meski PAS putus hubungan: Muhyiddin
Mantan Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin. (Gambar fail: Bernama)
Diterbitkan : 09 Jun 2026 03:43PM
KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menegaskan akan terus kekal dalam Perikatan Nasional (PN) dan memperkukuhkan teras perjuangannya meskipun PAS memutuskan menghentikan kerjasama politik dengan parti itu.

Presidennya, Muhyiddin Yassin berkata, keputusan menghentikan kerjasama politik dan memutuskan hubungan dengan BERSATU adalah atas kehendak PAS, seperti dilaporkan Astro Awani.

Beliau berkata BERSATU, sebagai parti pengasas PN, akan terus komited memperkasa agenda prihatin rakyat yang dibawa gabungan itu sejak penubuhannya.

“BERSATU akan memperkasa agenda prihatin rakyat yang dibawa PN sejak penubuhannya serta mendukung hasrat rakyat yang mahukan perubahan dan kepimpinan yang mewakili aspirasi seluruh warga Malaysia,” kata Pengerusi PN itu dalam satu kenyataan hari ini, seperti dipetik Astro Awani.

Encik Muhyiddin yang juga mantan Perdana Menteri Malaysia berkata, parti berkenaan juga menzahirkan rasa dukacita terhadap keputusan PAS kerana kerjasama yang dibina sebelum ini berasaskan semangat dan persefahaman yang luhur.

Sehubungan itu, Encik Muhyiddin menyeru ahli parti dan rakan seperjuangan agar terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan PN serta meletakkan kepentingan rakyat sebagai fokus utama perjuangan.

Menurutnya, setiap lapisan pimpinan dan ahli perlu menghadapi ujian terbaharu itu dengan semangat yang lebih tinggi dan terus komited memperjuangkan agenda rakyat, lapor Astro Awani.

Ahli Parlimen Pagoh itu menambah, beliau yakin rakyat yang mendukung cita-cita PN akan terus istiqamah bersama gabungan tersebut.
Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita