Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bersatu siasat Zuraida terbabit dengan Parti Bangsa Malaysia

Anggaran Waktu Membaca:
Bersatu siasat Zuraida terbabit dengan Parti Bangsa Malaysia

Zuraida Kamaruddin. (Gambar: BERNAMA)

KUALA LUMPUR: Lembaga Disiplin Bersatu sedang menyiasat dakwaan 'tindakan meragukan' Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu, Zuraida Kamaruddin, yang dikatakan terbabit dengan Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Ahli MPT Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na'aman, berkata isu itu dibangkitkan ketika Mesyuarat MPT parti pada 25 Januari lalu, yang antara lain, menyentuh kemungkinan Zuraida perlu dipecat atas pembabitannya dengan PBM, seperti dinukil BH Online.

BACA:Bersatu timbang usulan pecat Zuraida Kamaruddin

"Tanda tanya juga timbul apabila Zuraida sendiri tidak menyatakan pendirian, sama ada beliau ingin kekal dengan Bersatu di bawah kepemimpinan Muhyiddin Yassin, atau nak ke mana, lapor BH Online.

"Kita minta pengurusan parti dan lembaga disiplin segerakan tindakan lanjut, sama ada mahu panggil atau beri surat tunjuk sebab, apatah lagi kerana tiada bantahan oleh ahli MPT dalam mesyuarat itu dan majoriti setuju tindakan Zuraida adalah meragukan," kata beliau kepada BH.

Muhammad Faiz berkata, Zuraida yang dilantik sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi atas tiket Bersatu juga sudah lebih tiga kali ponteng mesyuarat MPT.

"Zuraida memang sudah lebih tiga kali tidak hadir mesyuarat MPT. Memang boleh diambil tindakan pun, cuma bentuk tindakan ditentukan oleh Lembaga Disiplin," kata beliau.

Ditanya tentang kehadiran serta reaksi Mohamed Azmin Ali yang juga sekutu rapat Zuraida, Muhammad Faiz memaklumkan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu hadir dalam mesyuarat yang membincangkan pemecatan Zuraida, seperti dinukil BH Online.

Katanya, Mohamed Azmin ada berhujah panjang selepas isu itu dibangkitkan dan menyifatkan pandangan diutarakan itu sebagai adil.

"Mohamed Azmin ada berikan pendapat dan sekali lagi tegaskan bahawa beliau setia dengan Bersatu.

"Beliau menyatakan jika dakwaan terhadap Zuraida adalah benar, maka tindakan tegas wajar diambil. Dia pun nampak tidak suka dengan watak Zuraida yang meragukan," katanya.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan