Bersatu sedia bekerjasama dengan Pejuang, kata Muhyiddin
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Bernama
PUTRAJAYA: Bersatu bersedia untuk mempertimbangkan kerjasama dengan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.
Encik Muhyiddin, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), berkata kerjasama tersebut boleh dilaksanakan sekiranya Pejuang serius mengenai perkara itu.
Bagaimanapun, Encik Muhyiddin mengesahkan setakat ini, pihak Pejuang belum menghubunginya bagi membincangkan perkara berkenaan.
“Setakat ini, tiada pihak berhubung dengan saya tentang soal itu. Lagipun kita sudah berada dalam fasa persiapan. Dulu pun pernah juga bincang awal tetapi lepas itu, tidak jadi apa-apa. (Jadi) saya kurang pasti sama ada serius atau tidak cadangan (kerjasama) itu.
“Kalau ada pihak yang serius (untuk bekerjasama), kita sedia menimbang. Walaupun itu bukan hak saya sebab perkara tersebut perlu dibawa ke Majlis Tertinggi Bersatu untuk difikirkan (kerjasama) perlu atau tidak.
“Secara keseluruhannya bagi PN, kita sudah bersiap sedia,” katanya kepada wartawan selepas merasmikan ‘Seminar Kebangsaan: Pemulihan Negara dan Keterangkuman Sosial’ pada Khamis (13 Okt).
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Pejuang, Dr Mahathir Mohamad, bahawa parti itu akan mempertimbang untuk mengadakan kerjasama politik dengan parti lain yang dikira ‘sebulu’ dengan Pejuang untuk menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN), selain kesediaan Bersatu untuk bekerjasama dengan Pejuang.

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.