Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bersatu, PAS lakukan pertukaran kerusi bagi pilihan raya umum

Anggaran Waktu Membaca:
Bersatu, PAS lakukan pertukaran kerusi bagi pilihan raya umum

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Hamzah Zainudin (Gambar: BERNAMA)

KUALA LUMPUR: Bersatu dan PAS akan melakukan pertukaran kerusi yang kini disandang wakil parti masing-masing dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Hamzah Zainudin.

Encik Hamzah yang juga Setiausaha Agung Bersatu berkata pertukaran kerusi berkenaan merupakan strategi PN untuk menang dalam PRU15.

“Selama kami berbincang dengan parti komponen dalam menghadapi PRU15 ini, perkara penting adalah untuk memastikan pemimpin semua komponen boleh menang kawasan yang akan kita calonkan.

“Pertukaran kerusi dahulunya mungkin dimenangi oleh Bersatu, kini mungkin PAS perlukannya. Ia akan menentukan pemimpin berkenaan boleh menang di kawasan-kawasan itu,” kata Menteri Dalam Negeri itu dalam sidang media khas operasi banjir di Bukit Aman, Kuala Lumpur pada Rabu (12 Okt).

Mengulas mengenai sama ada PAS komited untuk bersama PN atau masih lagi berunding dengan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi PRU15, Encik Hamzah menegaskan PAS masih bersama PN.

Selain Bersatu dan PAS, PN dianggotai Gerakan, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Progresif Sabah (SAPP).

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen ke-14 berkuat kuasa 10 Oktober untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan