Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

BERSATU nafi pancing wakil rakyat UMNO

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Muhyiddin Yassin hari ini (13 Nov) menafikan dakwaan partinya ‘memancing’ anggota Parlimen daripada UMNO agar menyertai Bersatu.

Anggaran Waktu Membaca:
BERSATU nafi pancing wakil rakyat UMNO

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Muhyiddin Yassin. (Gambar fail: Olivia Harris/Reuters)

Diterbitkan : 13 Nov 2018 04:27PM Dikemas Kini : 13 Nov 2018 04:31PM

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Muhyiddin Yassin hari ini (13 Nov) menafikan dakwaan partinya ‘memancing’ anggota Parlimen daripada UMNO agar menyertai Bersatu.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa BERSATU mewujudkan pasukan petugas khas bagi tujuan itu.

“Saya fikir jika ada anggota UMNO, baik peringkat pucuk pimpinan tertinggi mahupun peringkat bahagian, berhasrat menyertai Bersatu, itu adalah pilihan mereka.

“Parti (BERSATU) terbuka kepada semua, bukan sahaja kepada anggota UMNO tetapi juga bukan anggota UMNO atau individu yang mahu menyertai parti ini, mereka dialu-alukan,” katanya.

Menteri Dalam Negeri itu juga menegaskan tindakan sesetengah individu untuk menyatakan sokongan kepada parti tertentu adalah pilihan masing-masing.

Semalam (12 Nov), Setiausaha Agung UMNO Annuar Musa mendakwa wakil rakyat UMNO sedang dipancing oleh parti lain agar menyertai mereka.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai desas-desus rombakan kabinet dalam masa terdekat, Encik Muhyiddin mengatakan bahawa beliau tidak tahu mengenainya.

“Saya tidak pasti tentang perkara itu, tapi bagi saya sendiri, saya tidak ada mendengarnya,” katanya. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan