Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bersatu lapor SPRM, dakwa PH, BN belanja 'mewah' pada PRU15

Anggaran Waktu Membaca:
PUTRAJAYA: Seorang pemimpin akar umbi Bersatu melaporkan dakwaan perbelanjaan mewah Pakatan Harapan (PH) dan BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lapor Malaysiakini.

“Pelbagai laporan media dan posting media sosial menunjukkan PH dan BN menggunakan banyak poster dan bendera.

"Anwar Ibrahim juga menggunakan helikopter untuk bergerak sepanjang tempoh kempen," kata Ketua Bersatu Puchong itu Mohd Shukor Mustaffa.

Beliau berkata demikian pada sidang media di hadapan ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada Selasa (7 Feb).

Beiau juga mendakwa Bersatu menjadi sasaran serangan politik Pengerusi PH Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN Zahid Hamidi.

“Mereka fokus mencipta tuduhan fitnah terhadap seteru politik mereka, khususnya Bersatu.

“Banyak tuduhan dibuat terhadap Bersatu untuk membina persepsi negatif, lebih-lebih lagi kita semakin hampir dengan enam pilihan raya negeri.

“Akaun parti dibekukan sebelum sebarang penyiasatan dibuat atau diselesaikan dan oleh itu, Bersatu dihukum tanpa bukti," katanya, seperti dinukil Malaysiakini.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki mengesahkan siasatan terhadap akaun Bersatu dan mengatakan dua akaun parti itu sudahpun dibekukan bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.
Encik Anwar pula menafikan sebarang campur tangan dari pihak kerajaan dalam tindakan itu, dan menyifatkan pihak yang membuat dakwaan sedemikian sebagai tidak bertanggungjawab.

Sementara itu, Encik Mohd Shukor turut mempersoalkan Anwar dan anaknya, Nurul Izzah yang didakwanya hidup mewah, walaupun tidak menerima gaji.

“Persoalannya, dari manakah sumber pendapatan mereka memandangkan bagaimana seisi keluarga boleh hidup selesa tanpa dibayar bulanan?" soalnya.

Menurutnya lagi, Bersatu bukan saja berharap SPRM akan menyiasat perbelanjaan PH-BN tetapi juga terhadap Encik Anwar dan keluarganya.

“SPRM adalah badan bebas jadi saya harap laporan ini mendapat perhatian segera," katanya lagi.
Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan