Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bersatu Kelantan teguh di belakang presiden parti

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan hari ini (13 Ogos) menyatakan sokongan padu terhadap kepimpinan Presidennya Muhyiddin Yassin.

Anggaran Waktu Membaca:
Bersatu Kelantan teguh di belakang presiden parti

(Gambar: Facebook/ Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM))

Diterbitkan : 13 Aug 2020 04:46PM Dikemas Kini : 13 Aug 2020 04:48PM

PASIR PUTEH: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan hari ini (13 Ogos) menyatakan sokongan padu terhadap kepimpinan Presidennya Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Bersatu Kelantan Encik Kamaruddin Md Nor berkata sehingga kini beliau tidak menerima sebarang laporan mengenai ahli atau pemimpin parti di peringkat akar umbi yang bertindak keluar parti mahupun cawangan dibubarkan.

Kelantan mempunyai 14 bahagian dengan kira-kira 38,000 ahli daripada 280 cawangan yang masih teguh di belakang kepimpinan presiden parti, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Bersatu Bahagian Pasir Puteh, di sini.

Menurutnya tiada sebab untuk kepimpinan Encik Muhyiddin diganggu-gugat memandangkan beliau sudah berjaya membuktikan keupayaannya menerajui parti dan negara mengharungi krisis termasuk ancaman COVID-19.

Encik Kamaruddin juga yakin usaha pihak yang berkenaan untuk memecahbelahkan parti tidak akan berjaya. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan