BERSATU kekal dalam PN: Muhyiddin
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Ketika debaran mengenai nasib BERSATU dalam Perikatan Nasional (PN) semakin memuncak pada Isnin (22 Jun) malam, mesyuarat majlis tertinggi gabungan itu berakhir dengan kedudukan parti pimpinan Muhyiddin Yassin itu tidak dibincangkan.
Berpuluh-puluh wartawan yang menunggu menyaksikan mantan perdana menteri dan mantan Pengerusi PN itu hadir di Ibu Pejabat Parti Se-Islam Malaysia (PAS) bersama beberapa pemimpin kanannya.
Sebaliknya, BERSATU kekal di dalam PN yang kini dikuasai PAS, lapor Malaysiakini.
Pada masa yang sama, salah satu punca kemarahan PAS kepada BERSATU dapat dirungkai dalam mesyuarat berkenaan.
Dua parti baharu diterima menjadi komponen PN, termasuk yang diambil alih oleh satu lagi seteru BERSATU – kumpulan Hamzah Zainudin.
Menurut laporan Free Malaysia Today, Parti Wawasan Negara (Wawasan) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) diterima sebagai ahli baharu Perikatan Nasional (PN).
Pengerusi PN, Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata keputusan untuk menerima kedua-dua parti itu dibuat oleh Majlis Tertinggi PN yang bermesyuarat pada Isnin malam.
Wawasan dilancarkan pada 13 Jun lalu dengan mantan Timbalan Presiden BERSATU, Hamzah Zainudin, sebagai presidennya.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah, dan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, masing-masing dilantik sebagai Setiausaha Agung dan Ketua Penerangan parti itu.
Sebelum mesyuarat bermula, Presiden BERSATU Muhyiddin Yassin memberitahu para wartawan bahawa parti itu akan kekal bersama Perikatan Nasional (PN) “selama-lamanya”, lapor Free Malaysia Today.
Ditemui media selepas mesyuarat berakhir di tengah Kuala Lumpur tengah malam Selasa, Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata kedudukan BERSATU dalam gabungan tersebut tidak dibincangkan.
Sebaliknya, Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu dan Naib Presiden PAS memberitahu dua parti diterima masuk oleh PN iaitu Parti Cinta Malaysia dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
“Mesyuarat bersetuju meluluskan permohonan dua parti untuk menjadi parti anggota PN yang baharu,” katanya.
PCM JADI WAWASAN
Parti Cinta Malaysia (PCM) merupakan nama asal pertubuhan yang diasaskan oleh beberapa pemimpin Gerakan yang tidak berpuas hati dengan pemimpin atasan mereka selepas PRU 2008.
PRU ke-12 itu menyaksikan Gerakan dikalahkan di Pulau Pinang yang menjadi kubu kuat mereka sejak 1969.
Terkini, PCM diambil alih oleh kumpulan ahli politik yang tidak sehaluan dengan Encik Muhyiddin dan menjenamakannya semula sebagai Parti Wawasan Negara.
Menurut Encik Hamzah, nama parti itu diilhamkan sendiri oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
Pejuang pula ditubuhkan oleh mantan pengasas bersama BERSATU, Dr Mahathir Mohamad, selepas disingkirkan oleh parti tersebut.
Bagaimanapun Pejuang kini tidak lagi dipimpin oleh Dr Mahathir, sebaliknya anak mantan perdana menteri dua kali itu, Mukhriz.
Sebagai rekod, mengikut Perlembagaan PN, penyertaan atau penyingkiran sesebuah parti memerlukan konsensus semua.
Penyertaan kedua-dua parti itu menjadikan PN kini dianggotai enam komponen. Selain PAS dan BERSATU, anggota sedia ada PN ialah Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP).
Encik Muhyiddin semasa ditemui media sebaik keluar dari mesyuarat tersebut juga memaklumkan kedudukan BERSATU tetap seperti sedia ada.
Malah beliau mengulangi penegasan bahawa BERSATU akan tetap bertahan di sebalik tekanan yang dikenakan ke atas mereka.
“BERSATU akan kekal dan abadi sampai bila-bila,” katanya ringkas.
Beliau juga mengesahkan kedudukan BERSATU dalam PN tidak dibincangkan.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.