Bersatu Johor sudah kenal pasti calon ganti Muhyiddin
Ketua Penerangan Bersatu Negeri Johor, Mohd Solihan Badri. (Gambar: Bernama)
JOHOR BAHRU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah pun mengenal pasti calon yang berkelayakan untuk bertanding bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir, dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Ketua Penerangan Bersatu Negeri Johor Mohd Solihan Badri berkata calon itu akan menggantikan Muhyiddin Yassin, yang mungkin tidak akan mempertahankan kerusi itu.
Beliau yang juga Ketua Bahagian Bersatu Ledang berkata Muhyiddin sudah pun meminta agar kepimpinan Bahagian Bersatu Ledang menyerahkan senarai calon yang berkelayakan kepadanya.
“Justeru saya sebagai Ketua Bahagian Bersatu Ledang sudah pun mengenal pasti calon yang sesuai untuk menggantikan Muhyiddin di DUN Gambir, kerana calon ini mempunyai kelayakan selain mendapat sokongan dan diterima akar umbi,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu (26 Jan).
Pada Selasa (25 Jan), Muhyiddin yang merupakan Presiden Bersatu memaklumkan bahawa beliau mungkin tidak akan mempertahankan kerusi DUN Gambir yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada PRN Johor.
Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional berkata langkah itu diambil bagi menumpukan sepenuh masa kepada soal yang lebih utama di peringkat Parlimen dan pusat serta mengurus hal-hal berkaitan parti.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.