Bersatu ambil tindakan susulan terhadap 6 Ahli Parlimen berpaling tadah, sokong PM Anwar
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Agensi berita
HULU SELANGOR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kini sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam Ahli Parlimen yang menyokong Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim selepas meminda perlembagaan parti bulan lalu.
Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin berkata, tindakan tersebut dilakukan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan parti selaras Akta Lompat Parti.

"Saya dah maklum hari itu selepas kita (bincang) panjang lebar dan tidak perlu umumkan ini sebagai satu strategi.
"Prosedur itu kita akan patuh supaya tiada kesilapan pihak yang bertanggungjawab, yang penting perlu ambil terhadap mereka (enam Ahli Parlimen)," katanya ketika ditemui selepas penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu pada Sabtu (27 Apr), lapor Sinar Harian.
Sebelum ini media melaporkan, Bersatu menyerahkan kepada Setiausaha Agungnya, Hamzah Zainudin untuk melaksanakan notis berhubung status kedudukan enam Ahli Parlimennya yang menyokong Encik Anwar Ibrahim.
Langkah itu susulan pindaan terhadap Perkara 10 perlembagaan parti tersebut, yang akan melucutkan serta-merta keahlian wakil rakyatnya jika menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak bertentangan dengan arahan atau pendirian parti, lapor Sinar Harian selanjutnya.
Enam Ahli Parlimen terbabit ialah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abu Fasal (Bukit Gantang), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).
Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan akan berlaku boikot, Pengerusi PN itu menegaskan, tindakan sedemikian hanya akan merugikan rakyat Kuala Kubu Baharu.
"Sebagai pengundi, tidak sepatutnya berbuat demikian. Kalau mereka boikot, ia beri kelebihan kepada calon Pakatan Harapan (PH) dan Bebas.
"Kalau mereka tidak puas hati, gunakan hak mengundi dan jadi pembangkang yang berkesan," ujarnya, lapor Sinar Harian.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.