Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bersatu akan jawab surat tuntutan BN terhadap Muhyiddin Yassin, Azmin Ali

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Mantan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Saiful Wan Jan menegaskan parti itu akan mengikut proses sewajarnya bagi menjawab tuntutan Barisan Nasional (BN) terhadap Muhyiddin Yassin dan Mohamed Azmin Ali.

Beliau yang baru meletak jawatan berkata, tindakan Barisan Nasional (BN) menghantar surat tuntutan (LOD) itu sebagai regresif dan menindas.
“Saya tidak pasti sama ada tuntutan itu sudah diterima atau belum, tetapi pengumuman (tuntutan) itu telah dibuat.

“Pihak kita sudah pasti akan jawab ikut proses yang biasa dan bagi saya, ini adalah usaha untuk 'senyapkan' mereka yang mengkritik kerajaan dengan menggunakan saluran perundangan. Satu perkara yang regresif dan menindas.

“Dahulu ramai tokoh politik bantah apabila dilaksanakan Operasi Lalang, sekarang lebih kurang sama, sikit-sikit kena panggil,” katanya kepada Sinar Harian selepas program Sinar Live di bangunan Parlimen pada Selasa (28 Feb).

Media pada Isnin (27 Feb) melaporkan, BN mendesak Encik Muhyiddin dan Encik Mohamed Azmin menarik balik dan memohon maaf secara terbuka kerana menuduh Pengerusinya, Ahmad Zahid Hamidi sebagai lalang dan perancang pertuduhan kes rasuah melibatkan Wan Saiful.

Menurut laporan agensi berita Sinar Harian, Encik Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh mendakwa, kes kluster mahkamah melibatkan pemimpin Bersatu didalangi Encik Ahmad Zahid yang dipercayai antara usaha BN dan Pakatan Harapan (PH) untuk melumpuhkan parti itu setelah melihat sokongan kepada Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) semakin kuat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pada 21 Febuari lalu, Wan Saiful mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan kes rasuah bagi projek Central Spine Road (CSR) bernilai RM232 juta (S$70 juta) tahun lalu.
 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan