Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Berpuluh warga Palestin cedera dalam pertempuran dengan tentera Israel

Berpuluh-puluh penunjuk perasaan Palestin cedera pada Jumaat (14 Jan) dalam pertempuran dengan tentera Israel berhampiran dua bandar di utara Tebing Barat, kata pegawai perubatan dan saksi.

Anggaran Waktu Membaca:

RAMALLAH: Berpuluh-puluh penunjuk perasaan Palestin cedera pada Jumaat (14 Jan) dalam pertempuran dengan tentera Israel berhampiran dua bandar di utara Tebing Barat, kata pegawai perubatan dan saksi.

Pegawai perubatan Palestin berkata sekurang-kurangnya 15 penunjuk perasaan cedera akibat tembakan logam bersalut getah dan berpuluh-puluh individu mengalami sesak nafas selepas terhidu gas pemedih mata yang dilepaskan oleh tentera Israel berhampiran Nablus dan Qalqilya.

Para saksi daripada Palestin berkata pertempuran itu tercetus antara berpuluh-puluh penunjuk perasaan dan tentera Israel selepas Palestin mengadakan dua bantahan mingguan terhadap peluasan kawasan penempatan Israel baru-baru ini dan rampasan tanah di Tebing Barat, lapor Xinhua.

Mereka berkata pertempuran sengit di perkampungan Beit Dajan di timur Nablus menyaksikan rakyat Palestin melemparkan batu ke arah askar, yang kemudian membalas dengan melepaskan tembakan getah dan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka.

Sementara itu, enam lagi rakyat Palestin cedera akibat tembakan logam bersalut getah yang dilepaskan oleh tentera Israel semasa bantahan di perkampungan Kafr Qaddum di timur Qalqilya.

Tiada maklum balas segera daripada tentera Israel berhampiran dua bandar di Tebing Barat.

Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan berkata rakyat Palestin mempunyai hak untuk mempertahankan diri, mendapatkan hak sah mereka untuk menentukan masa depan mereka sendiri dan menubuhkan negara Palestin yang merdeka di sempadan 1967.

Israel menceroboh Tebing Barat dan Baitulmakdis Timur, yang dituntut Palestin, sejak perang Timur Tengah 1967.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan