Berjuta-juta penduduk Afghanistan kelaparan selepas bekalan bantuan kemanusiaan dipotong: WFP
Ketua Program Makanan Sedunia (WFP) di Afghanistan menyatakan agensi itu hanya boleh memberi makan kepada separuh daripada sejuta penduduk Afghanistan memerlukan selepas bantuan antarabangsa dipotong dan Amerika Syarikat mungkin akan membekukan agihan dana bantuannya.
(Gambar: Reuters)
Ramai orang kini hanya "makan roti dan teh setiap hari", kata Pengarah Negara WFP Hsiao-Wei Lee kepada Reuters.
Afghanistan berada di ambang krisis ekonomi pada 2021 selepas Taliban mengambil alih tampuk kepimpinan dan kesemua bantuan perkembangan dan keselamatan ke negara itu dibekukan, dengan sekatan dikenakan terhadap sektor perbankan.
Sejak itu bantuan kemanusiaan - yang bertujuan membiayai keperluan mendesak menerusi bantuan pertubuhan bukan mengaut untung dan melepasi sekatan pemerintah - telah memenuhi jurang yang ada.
Namun jumlah penderma semakin berkurangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ekoran keprihatinan terhadap sekatan Taliban terhadap golongan wanita.
Ini termasuk arahan supaya wanita Afghanistan yang merupakan kakitangan NGO berhenti bekerja dan krisis global yang bersaingan.
Cik Lee mendedahkan kepada Reuters tidak lama sebelum beliau menamatkan penggal khidmat selama tiga tahun di Afghanistan bahawa dengan pemotongan dana itu, ini bermakna kira-kira separuh daripada 15 juta penduduk Afghanistan yang terdesak memerlukan bekalan makanan tidak mendapat bekalan diperlukan untuk mengharungi musim sejuk pada tahun ini.
"Ini bermakna lebih 6 juta penduduk yang hanya makan satu atau dua kali dalam sehari dan itu pun sekadar roti dan teh," katanya dalam satu temu bual pada Sabtu (25 Jan).
"Malangnya begitulah situasi bagi kebanyakan orang yang ramai yang tidak lagi diberikan bantuan."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.