Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

BERITA+:"Ini CIQ ke, nampak macam pasar" - keadaan huru-hara di CIQ cetus kecaman netizen

Anggaran Waktu Membaca:
JOHOR BAHRU: Kicau di media sosial keadaan huru-hara tatkala rakyat Malaysia berpusu-pusu mahu pulang untuk berada di samping keluarga tersayang sempena cuti Deepavali.

Tindakan orang ramai di Kompleks Sultan Abu Bakar, Iskandar Puteri, Johor itu rata-rata mengundang kecaman netizen.

"Lebih teruk dari budak sekolah. Sudah dewasa masih tolak menolak! Tidak ada adab langsung," tegur seorang netizen.

"Apa yang teruk sangat perangai masing-masing?" ujar seorang warganet lain.

"Seramnya kalau begini hari-hari, takut terpijak sesama sendiri," kata seorang netizen yang meluahkan rasa prihatin.

Keadaan terlampau sesak di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin, CIQ sehingga pegawai imigresen sukar mengawal keadaan.

"Ini CIQ ke, nampak macam pasar," seloroh seorang warganet.

Seorang netizen sempat memberikan saranan.

"Kawal lah bas, jangan kasi penumpang turun dulu!"

Tindakan pegawai polis untuk cuba meredakan kekecohan mendapat pujian warganet.

"Hormat pada abang polis ini...ketabahan abang ini untuk kawal orang ramai...sampai berpeluh-peluh," puji seorang netizen.

Dalam keadaan genting itu, ramai netizen juga mempersoalkan persediaan CIQ untuk menangani banjiran pengunjung.

"Kastam Johor Bahru harus dikemas kini, mesin 'auto-gate' juga perlu ditambah," kata seorang pengguna Facebook.

"Rupanya ramai orang Malaysia kerja di Singapura, selamat Deepavali," seorang netizen sempat mengucapkan di dalam hantaran Facebook itu.
Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan