BERITA+: “Yang betul hadir baru padan muka” - kedai buat tema hantu ditegur warga net
Strategi sebuah kedai jual char kway teow di Gombak, Selangor untuk melariskan perniagaannya menarik tumpuan warga net kerana berkonsepkan ‘ditemani hantu’.
Sesuai dengan temanya, iklan dan nama hidangan juga cukup "menggerunkan".
Reaksi warga net berbelah bagi - ada yang menganggapnya kreatif dan menarik.
Ada juga yang memberikan reaksi kurang enak - pelanggan boleh 'undang' makluk lain menumpang, kata netizen.
“Lepas makan dia ikut balik satu hal”, kata seorang warga net di Facebook BERITAmediacorp.
“Jaga-jaga mungkin ada yang betul kita tak tahu," ujar seorang lagi netizen.
“Yang bukan-bukan aja, yang betul hadir baru padan muka," tegur seorang warga net.
Biar pun mahu tampil dengan konsep berbeza, pemilik kedai, kata netizen tidak perlu strategi yang pelik.
“Belum masuk dah seram sejuk, apa lagi berdepan walau sekadar buatan manusia,” kata seorang netizen.
Ada juga yang tampil memberi cadangan.
“Buatlah tempat makan yang pemandangannya cantik. Bila orang datang tu rasa tenang aja..," kata seorang warga net.
Masing-masing ada caranya sendiri - anda teruja dan berani untuk singgah ke kedai ini?
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.