Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

BERITA+: Watak misteri ini didik anak lelaki etnik Mandinka tentang akil baligh

Di Gambia, sebuah kumpulan etnik mempunyai cara tersendiri mendidik anak-anak lelaki tentang akil baligh.

Anggaran Waktu Membaca:
BERITA+: Watak misteri ini didik anak lelaki etnik Mandinka tentang akil baligh

'Kankurang' mendidik kanak-kanak lelaki tentang akil baligh. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 31 Oct 2021 05:22PM Dikemas Kini : 31 Oct 2021 05:25PM

BAKAU: Di Gambia, sebuah kumpulan etnik mempunyai cara tersendiri mendidik anak-anak lelaki tentang akil baligh.

Ada watak misteri yang diperkenalkan dalam majlis berkhatan di negara itu.

Rentak gendang dan alunan muzik biasa dimainkan dalam majlis berkhatan bagi kumpulan etnik Mandinka di Gambia.

Tradisi itu sudah diamalkan dari generasi ke generasi.

Bagi kanak-kanak lelaki di Gambia, upacara tersebut bukan sahaja satu detik penting dalam kehidupan mereka tetapi juga bagi budaya mereka.

Tumpuan upacara berkenaan adalah watak misteri yang diberi nama 'Kankurang'.

Dengan topeng yang diperbuat daripada kulit kayu serta tubuhnya yang diselaputi daun
dan serat merah daripada sejenis pokok, 'Kankurang' mendidik kanak-kanak lelaki yang akan dikhatankan, tentang adat dan budaya mereka termasuklah aspek disiplin dan rasa hormat terhadap orang tua.

'Kankurang' juga melambangkan roh yang memastikan ketenteraman dan keadilan, selain melindungi kanak-kanak daripada kejahatan.

Pada 2005, UNESCO mengiktirafkan tradisi itu sebagai satu warisan budaya.

Upacara selama sebulan itu berakhir dengan sambutan penuh istimewa.

Bukan sahaja para anggota keluarga, malah rakan-rakan dan jiran tetangga turut berkumpul bagi meraikan kanak-kanak lelaki yang mula melangkah ke alam dewasa.

Adalah diharapkan tradisi 'Kankurang' akan dapat diteruskan, di tengah-tengah risiko pembangunan tanah di Gambia. 

Sumber : AP/AI/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan