Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

BERITA+: Wanita lanjut usia Kenya belajar taekwando cegah aniaya seksual

Sekumpulan wanita lanjut usia di Nairobi, Kenya, mempelajari seni mempertahankan diri taekwando semata-mata untuk elakkan diri daripada gangguan seksual.

Anggaran Waktu Membaca:
BERITA+: Wanita lanjut usia Kenya belajar taekwando cegah aniaya seksual

Sekumpulan wanita lanjut usia di Nairobi, Kenya, mempelajari seni mempertahankan diri taekwando demi mengelakkan diri daripada gangguan seksual.

Diterbitkan : 09 Jan 2022 04:07PM Dikemas Kini : 09 Jan 2022 04:21PM

NAIROBI: Sekumpulan wanita lanjut usia di Nairobi, Kenya, mempelajari seni mempertahankan diri taekwando semata-mata untuk elakkan diri daripada gangguan seksual.

Di kawasan setinggan Korogocho yang terbesar di kota Nairobi, wanita berumur antara 60 hingga 110 tahun menyertai kelas taekwando di pusat masyarakat di sana.

Kaum wanita lanjut usia di kawasan tersebut tetap terdedah kepada penganiayaan seksual kerana masih dianggap golongan lebih lemah.

Selain diajar strategi agar menjerit meminta tolong sekiranya diserang, kaum hawa itu turut ditunjukkan asas-asas seni mempertahankan diri. Matlamatnya, untuk meningkatkan kesedaran tentang hak mempertahankan diri.

Menurut pihak berkuasa Nairobi, majoriti kes seperti itu melibatkan mereka yang dekat dengan si mangsa. Ini kerana ramai pelakunya tidak percaya penganiayaan seksual adalah satu jenayah.

Namun melalui program ini, kaum hawa yang sebelum ini mudah diambil kesempatan, diharap akan bangkit lebih bersemangat untuk katakan "tidak" kepada penganiayaan pada masa depan.

Sumber : Agensi berita/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan