Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

BERITA+: Wanita ini ubah sampah plastik jadi karya seni, jaga kebersihan pantai Britain

Setiap pagi, Sammie Aplin akan mengunjungi pantai di Brighton untuk mengutip sampah-sampah plastik.

Anggaran Waktu Membaca:
BERITA+: Wanita ini ubah sampah plastik jadi karya seni, jaga kebersihan pantai Britain

(Petikan video YouTube)

Diterbitkan : 02 Jan 2022 04:11PM Dikemas Kini : 02 Jan 2022 04:11PM

BRITAIN: Setiap pagi, Sammie Aplin akan mengunjungi pantai di Brighton untuk mengutip sampah-sampah plastik.

Selain menjadikannya satu bentuk terapi untuk menenangkan diri, Cik Aplin yang bekerja sebagai seorang jururawat juga mengubah sampah-sampah itu menjadi karya seni berwarna-warni.

Meskipun hanya bermula dengan berkongsi ciptaannya kepada keluarga dan rakan, Cik Aplin kini mempunyai pelanggan yang sanggup datang dari London untuk membeli karya beliau.

Plastik mengambil ratusan tahun untuk hancur.

Lantaran itulah, sisa plastik boleh terus berada di laut berdekad lamanya.

Ia menjadi ancaman bagi hidup-hidupan laut.

Inilah yang membuat mereka seperti Cik Aplin dan SEA LIFE Brighton berusaha menjaga kemampanan sekitaran mereka.

Pusat akuatik Brighton itu, misalnya, menjaga penyu-penyu yang mudah terancam ini untuk tetap sihat dan terus hidup.

Ia juga kerap melakukan kerja-kerja pembersihan serta meninjau kadar pencemaran di pantai.

Bagi kakitangan SEA LIFE Brighton, kesemua laut di dunia terhubung antara satu sama lain.

Lantas, menurut mereka, pencemaran yang berlaku di Britain mungkin membawa kesan kepada hidup-hidupan laut di merata dunia.

Sumber : Sumber Web/RU/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa