BERITA+: Ubat diet baharu ini boleh kurangkan berat badan sehingga 15%
Anggaran Waktu Membaca:

Ubat baharu dinamakan sebagai Wegovy itu mengandungi molekul yang dikenali sebagai semaglutide. (Gambar: Novo Nordisk)
LONDON: Di Britain, mereka yang mengalami masalah kegemukan, mahupun para pesakit kencing manis, bakal menerima ubat diet baharu yang boleh mengurangkan berat badan sehingga 15 peratus.
Ubat baharu dinamakan sebagai Wegovy itu mengandungi molekul yang dikenali sebagai semaglutide.
Ia meniru hormon semula jadi yang dipanggil "glucagon-like peptide" atau GLP1, dengan mengawal paras gula dalam darah dan mendorong rasa kenyang serta mengurangkan selera makan pengguna.
Wegovy dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal Novo Nordisk di Denmark.
Ubat itu membolehkan penggunanya menurunkan berat badan sehingga 15 peratus jika digabungkan dengan pemakanan yang sihat dan senaman.
Namun tidak mudah untuk orang ramai mendapatkan ubat tersebut.
Ia mesti dibekalkan oleh doktor atau diperolehi melalui preskripsi daripada ahli farmasi.
"Cara pemakanan dan senaman adalah apa yang menyebabkan penurunan berat badan tetapi bagi mereka yang pernah melakukan diet atau cuba meningkatkan senaman mereka demi berat badan, anda akan mendapati bahawa anda mula lapar dengan cepat sejurus selepas anda menurunkan berat badan, anda mula lapar semula," terang Ketua Pegawai Eksekutif Novo Nordisk, Lars Fruergaard Jørgensen.
"Ubat ini berfungsi dengan mengurangkan selera makan anda, jadi ia menghentikan tindak balas fisiologi biasa, ia menghentikan rasa lapar yang berkaitan dengan penurunan berat badan," tambah beliau.
Sekitar 35,000 orang di UK dianggarkan mendapatkan ubat tersebut.

Sumber : Reuters/AI/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.