Skip to main content

Dunia

Berita terkini Dr Mahathir: Dinamakan calon PM oleh Pakatan Harapan, anak kata beliau demam panas

Pengerusi Pakatan Harapan, Dr Mahathir Mohamad, dilaporkan tidak sihat sejak seminggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Berita terkini Dr Mahathir: Dinamakan calon PM oleh Pakatan Harapan, anak kata beliau demam panas

Mantan perdana menteri Malaysia Mahathir Mohamad dalam satu temu bual dengan Reuters. (Gambar: REUTERS/Lai Seng Sin)

Diterbitkan : 04 Dec 2017 01:21PM Dikemas Kini : 04 Dec 2017 02:56PM

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan, Dr Mahathir Mohamad, dilaporkan tidak sihat sejak seminggu lalu.

Ini menurut anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam satu kiriman Twitter.

Menurutnya Dr Mahathir demam panas dan batuk sudah lebih seminggu.

"Tun Mahathir tak sihat dah lebih seminggu. Batuk dan demam panas," kata beliau di akaun Twitter miliknya.

Dalam pada itu, Pakatan Harapan dilaporkan menamakan mantan Perdana Menteri itu sebagai calon jawatan PM sekiranya gabungan parti pembangkang Malaysia itu menang pilihan raya akan datang.

Menurut laporan The Malaysian Insight, pemimpin pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Kedua-dua mereka dilaporkan akan menyandang jawatan tersebut "buat sementara" yang tidak ditentukan tempohnya. Laporan berkenaan bagaimanapun tidak menyebut siapakah ahli politik yang akhirnya akan menyandang jawatan itu kelak.

"[PPBM], Amanah dan DAP sudah bersetuju, hanya PKR belum mendapatkan kata sepakat," menurut sumber yang enggan dikenali seperti ditukil laman Malaymailonline.

Keputusan itu diumumkan di akhir retreat dua hari parti pembangkang tersebut yang diadakan di Putrajaya, semalam.

Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia dari 1981 sehingga 2003.  

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita