Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

BERITA+: Telusuri keindahan bandar purba Hatra di Iraq

Dahulu ia amat masyhur pada kurun pertama dan kedua Masihi.

Anggaran Waktu Membaca:

IRAQ: Dahulu ia amat masyhur pada kurun pertama dan kedua Masihi.

Bandar di utara Iraq itu juga pernah cuba diceroboh ketika itu, namun ia terselamat.

Bandar Hatra yang dimaksudkan itu digelar 'Bandar Matahari' kerana kedudukannya yang menghadap ke arah timur.

Ia juga terselamat daripada beberapa pencerobohan termasuk dua yang dilakukan kerajaan Rome purba.

Namun, banyak kerosakan berlaku apabila kumpulan pengganas ISIS menguasai sebahagian Iraq termasuk Hatra.

ISIS menggunakan bandar itu sebagai kem tentera dan bengkel membuat bom termasuk bom kereta.

Kumpulan pengganas itu juga melarang pihak lain masuk ke sana.

Meskipun setelah bebas daripada cengkaman ISIS dalam tahun 2017, kerosakan di Hatra masih jelas kelihatan.

Kini sekumpulan pakar arkeologi antarabangsa berusaha untuk memulihkan keadaan bandar itu seperti sedia kala.

Peringkat pertama kerja-kerja pemuliharaan Hatra sudah selesai dan orang ramai boleh kembali melawat bandar itu untuk melihat sendiri keindahannya.

Sumber : Agensi berita/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan