BERITA+: Tanaman halia berakar di Wilayah Utara Australia hasil keringat peladang ini
Meskipun halia merupakan tumbuhan yang mudah didapati di negara-negara Asia Tenggara, ia adalah sejenis tanaman yang asing bagi sebuah wilayah Australia.
AUSTRALIA: Meskipun halia merupakan tumbuhan yang mudah didapati di negara-negara Asia Tenggara, ia adalah sejenis tanaman yang asing bagi sebuah wilayah Australia.
Namun kini, seorang peladang dari Wilayah Utara Australia sedang berusaha menanam halia di negara itu dan jika berjaya, ia dipercayai bakal mencipta satu pasaran baru di sana.
Di ladangnya yang terletak berhampiran bandar Darwin, Michael Jakobi menanam halia di dalam beg yang diletakkan di dalam rumah kaca.
Hasil tuaian kemudian dihantar ke kilang minuman berhampiran untuk dijadikan 'ginger beer'.
Inisiatif itu disambut baik para pengusaha minuman setempat kerana kini mereka mempunyai jaminan bekalan halia yang segar dan bermutu tinggi.
Berikutan kejayaan percubaan awal serta sambutan pasaran yang menggalakkan, Michael bercadang menambah tanaman halia sebanyak enam kali ganda tahun depan.
Selain minuman 'ginger beer', Michael yakin hasil dari ladangnya itu dapat digunakan untuk produk lain seperti jus, kek dan saus halia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.