Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

BERITA+: Syarikat durian M'sia manfaatkan teknologi di tengah-tengah cabaran cuaca, inflasi

Anggaran Waktu Membaca:
JOHOR: Musim durian tahun ini pada mulanya dikhuatiri akan menjadi hambar akibat hasil tuaian yang berkurangan dan kos yang semakin meningkat.

Namun, revolusi teknologi berjaya mengatasi masalah-masalah tersebut di beberapa ladang durian di Malaysia.

Antara syarikat yang memanfaatkan tenologi ialah Zhong Cheng Durian Farm milik Han Sin Keng.

HASIL TUAIAN JUNAM 50%; HARGA NAIK

Sing Keng mengendalikan ladang durian seluas 20 ekar di Kulai, Johor.

Selama lebih sedekad lamanya, Sing Keng menguruskan lebih 200 batang pokok durian di kawasan itu yang seluas 15 padang bola.

Namun, Sing Keng memberitahu BERITAmediacorp bahawa keadaan sekarang amat berbeza dengan hasil tuaian menjunam lebih 50 peratus berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Salah satu faktor penyumbang adalah cuaca yang tidak menentu.

Ini diburukkan lagi dengan jumlah hujan yang bertambah dan suhu cuaca yang tidak menentu sejak beberapa bulan lalu sekaligus menyebabkan hasil tuaian terjejas.

Beliau berkata: "Tahun ini, hujan banyak dan musim hujan panjang. Agak-agak satu minggu, tiga hingga empat hari hujan. Sekarang hujan bukan sedikit, lebat sangat.

"Masa durian berbunga, hujan lebat jadi bunga banyak kena cuci dan tidak 'kahwin'. Harga di pasaran agak naik. Inflasi juga terhadap baja naik sekitar 100 peratus."

Para petani durian di Johor juga perlu bergelut dengan kos buruh yang semakin meningkat.

Harga ubat pembasmi serangga dan baja juga melambung naik akibat perang di Ukraine.

Faktor-faktor itulah yang menyebabkan harga durian bertambah untuk para pembeli.

USAHA PERTANIAN LEBIH RUMIT DEK PIAWAIAN

Pokok-pokok durian umumnya memerlukan sekitaran dengan suhu kira-kira 24 hingga 32 darjah Selsius serta kadar kelembapan 75 hingga 80 peratus.

Piawai ketat itu menjadikan usaha pertanian lebih rumit jika bergantung kepada tenaga kerja.

Bagi memastikan pengaliran air yang tepat setiap hari juga merupakasan satu cabaran besar dan para pengurus ladang perlu memeriksa kadar hujan, tahap kelembapan tanah dan ramalan cuaca dengan kerap.

Semua kerja keras itu adalah untuk memastikan hasil yang bermutu.

Ladang seluas 500 ekar di Batu Pahat cuba menjadikan hasil tanaman durian kurang bergantung kepada tenaga buruh dan lebih berdaya tahan kepada perubahan cuaca.

Ladang miliki syarikat Top Fruits itu menjalani transformasi besar sejak sedekad lalu bagi keseluruhan proses penghasilan di ladang tersebut.

Top Fruits yang merupakan salah satu pengeksport durian terbesar di Malaysia.

Majoriti tugasan yang memerlukan tenaga kerja intensif kini digantikan dengan huraian inovatif sedang syarikat itu beralih ke kaedah berteknologi tinggi untuk meningkatkan penghasilan.

"Kami mengawal teknologi, terutama sekali dengan meneliti faktor sekitaran. Kami mempunyai stesen cuaca. Ini adalah stesen cuaca yang kami ada. Ia mengawal jumlah hujan, suhu cuaca, kelembapan dan arah tiupan angin. Itulah salah satu bahagian daripadanya.

"Yang kedua, kami juga tentunya memantau keadaan tanah. Kami meneliti alat sensor yang dipasang di tanah untuk memahami kelembapan dan tahap nutrien yang diperlukan," kongsi Pengarah Urusan Top Fruits Dr Tan Sue Sian.

Dengan memanfaatkan teknologi pertanian jitu, para petani boleh meningkatkan mutu durian.

Top Fruits membelanjakan sekitar AS$1 juta (S$1.39 juta) dalam tempoh tiga tahun lalu untuk transformasi ladang durian.

Hasilnya, hasil tuaian durian yang bertambah 40 peratus manakala tenaga kerja ladang berkurangan 30 peratus.

Namun, penggunaan kaedah pertanian bijak bukan sesuatu yang lumrah di ladang-ladang durian di Malaysia.

Misi Dr Tan adalah menggalakkan lebih banyak pemain dalam industri itu untuk turut serta.

Kerajaan Malaysia juga berikrar untuk membangunkan industri durian Malaysia.

Ini termasuk menawarkan subsidi bagi ladang serta geran untuk peralihan kepada teknologi baru.
Sumber : CNA//fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan