Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

BERITA+: Suasana Bazar Ramadan di M'sia kembali meriah selepas dua tahun

Bazar-bazar Ramadan kembali diadakan di Malaysia selepas dua tahun menghilang akibat COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Bazar-bazar Ramadan kembali diadakan di Malaysia selepas dua tahun menghilang akibat COVID-19.

Namun seperti rantau Asia yang lain, krisis inflasi sejagat juga dirasakan dengan harga makanan terus melonjak.

Suasana Bazaar Ramadan di seluruh Malaysia kembali meriah setelah sekatan ditarik balik.

Rakyat Malaysia sangat merindukan suasana istimewa seperti itu yang tidak ada di lain masa dan tempat.

Namun harga makanan di bazar-bazar di Malaysia kini lebih mahal berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Ini kerana kos bahan mentah yang meningkat sejak beberapa bulan lalu.

Beberapa peniaga berkata mereka tiada pilihan selain menaikkan harga bagi meneruskan perniagaan.

"Harga kami terpaksa dinaikkan sikit sebab barang mentah tahun ini naik. Jadi kita naikkan cuma tidak terlalu tinggi.

"Seperti sate, dari RM1 (S$0.32) ke RM1.20 (S$0.38). Sebab kami sudah ada pelanggan tetap di sini, Alhamdullilah mereka faham," kata seorang peniaga Bazar Ramadan TTDI, Mohd Hadzrul.

Pelanggan juga kembali membeli di bazar di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang dikenal dengan pelbagai tawaran kain dan busana tradisional.

Para peniaga optimistik jualan akan kembali ke paras sebelum pandemik.

"Selepas pandemik, nampak balik peningkatan orang keluar orang dari luar datang balik.

"Penjualan kalau kami hendak bandingkan dengan tahun lepas, lebih baik tahun ini. Awal-awal itu dah nampak petanda orang belanja balik," kata Mohd Abdul Ghani, seorang peniaga di Bazar Ramadan Jalan TAR.

Sementara itu di Johor, pembeli dari Singapura kembali untuk membeli-belah selepas sempadan darat dengan Malaysia dibuka semula pada 1 April lalu.

Selepas dua tahun sambutan yang malap, suasana di bazar-bazar Ramadan kini rancak semula.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan