BERITA+: Sambutan Krismas di Jepun serba mesra alam sekitar
Dalam kegembiraan menyambut Krismas, kesejahteraan bumi tidak diabaikan di Jepun.

TOKYO: Dalam kegembiraan menyambut Krismas, kesejahteraan bumi tidak diabaikan di Jepun.
Kedai-kedai dan pusat beli-belahnya menggunakan barangan hiasan pokok-pokok Krismas dari sumber yang tidak memudaratkan bumi.
Kampung Hinohara, di kawasan pergunungan Jepun terletak 50 kilometer dari pusat ibu kota Tokyo, lebih 90 peratus kawasannya adalah hutan.
Pokok-pokok cemara yang ditanam di sana lebih 70 tahun lalu terabai sejak tahun-tahun 1960-an apabila banyak kayu balak dan kayu lain diimport dari luar negara.
Namun sejak beberapa tahun lalu, hutan di sana diberi nafas baru oleh sekumpulan aktivis muda pencinta alam.
Dahan dan ranting pokok-pokok yang dicantas dijadikan pelbagai kraf tangan. Baru-baru ini pula, mereka membekalkan pokok-pokok yang utuh dari hutan itu untuk dijadikan pokok Krismas.
Bahkan salah satu pokok tua dari hutan Hinohara kini menyerikan Akasaka, kawasan mewah di ibu kota Tokyo, bagi menyambut Krismas.
Bukan itu sahaja, barang-barang hiasan pokok juga dibuat daripada pokok-pokok Krismas tahun lalu yang dikitar semula. Banyak lagi hiasan Krismas yang turut menerapkan ciri-ciri yang dapat menjaga kesejahteraan alam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.