Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

BERITA+: Raja Bomoh 'jelma' kembali; bantal busuk disangka buaya berenang kicau di media sosial

Berita berkaitan banjir di Malaysia terus tular di media sosial minggu ini. Namun yang lebih mencuri perhatian netizan adalah video tular 'Raja Bomoh' yang didakwa buat upacara tolak banjir.

Anggaran Waktu Membaca:
BERITA+: Raja Bomoh 'jelma' kembali; bantal busuk disangka buaya berenang kicau di media sosial
Diterbitkan : 09 Jan 2022 03:56PM Dikemas Kini : 09 Jan 2022 04:24PM

SINGAPURA: Berita berkaitan banjir di Malaysia terus tular di media sosial minggu ini. Namun yang lebih mencuri perhatian netizan adalah video tular 'Raja Bomoh' yang didakwa buat upacara tolak banjir.

"Kita minta supaya Teluk Intan ini jangan dibanjir, ataupun jangan banjir besar."

Demikian hajat yang disampaikan pengubat tradisional 'Raja Bomoh' dalam satu upacara menolak musibah banjir yang tular di media sosial awal minggu ini.

Video Facebook sepanjang 25 minit itu menampilkan Encik Ibrahim Mat Zin bersama seorang wanita yang dikenali sebagai 'Puteri Zaleha'.

Video itu kemudian dipadamkan, namun sudahpun dikongsi secara meluas oleh netizen.

"Syirik! Khurafat!" selar warga net yang rata-rata marah menentang perbuatan kedua-dua individu itu yang dianggap bercanggah dengan ajaran Islam.

"Joker dah mai balik dah", tulis seorang pengguna FB.

Sememangnya, nama 'Raja Bomoh' sering terpalit kontroversi.

Anda mungkin masih ingat lagi upacara pelik yang dilakukannya untuk mencari pesawat MH370 yang hilang atau 'memagar' Malaysia daripada ancaman negara asing khususnya Korea Utara.

Orang ramai dinasihati "agar tidak terpengaruh" dan "menjauhi apa juga amalan yang menjurus kepada khurafat.", ujar Jabatan Agama Islam Perak pada Rabu (5 Jan).

Satu lagi kejadian pelik tapi benar, kelibat menyeramkan seekor buaya yang dilihat 'berenang' dalam air bah, rupa-rupanya hanya bantal busuk.

'Siapa punya bantal ni!' tanya KL Traffic Update dalam Twitter yang dikongsi lebih 39,000 kali.

Ramai berkongsi mereka tersenyum sedikit membaca catatan di Twitter itu dan melupakan buat seketika kesulitan yang dialami.

Sumber : BERITAmediacorp/IH/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa